Harut dan Marut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
k Suntingan 202.185.44.191 dikembalikan ke versi terakhir oleh Polar
Baris 1:
'''Harut dan Marut''' adalah dua malaikat yang dikatakan turun ke bumi sebagai manusia. Mereka yakin bahawa manusia tidak mempunyai banyak cubaan, maka [[Allah]] memberi mereka [[nafsu]] yang dimiliki oleh [[manusia]]. Sebaik sahaja berada di bumi mereka telah dijemput oleh seorang wanita kerumahnya. Disana wanita itu memberi pilihan kepada mereka iaitu sama ada merogolnya, membunuh anak wanita itu atau meminum arak. Mereka memilih arak kerana menyangka arak merupakan dosa yang ringan. Tetapi setelah mabuk meminum [[arak]], mereka telah merogol wanita tersebut serta membunuh anaknya. Selepas itu Allah memberi mereka dua pilihan iaitu diseksa di dunia atau di alam akhirat. Memandangkan hidup di dunia hanya sementara berbanding akhirat, mereka mengambil hukuman di dunia. Adalah dipercayai mereka digantung secara terbalik disebuah [[gua]] di Babil. Namun ini adalah cerita palsu yang dikaitkan dengan al-Qur'an.
 
Menurut [[al-Quran]], ''" Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."'' ([[Surah Al-Baqarah]], ayat 102)