Kebudayaan Indonesia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kebudayaan Indonesia''' secara sempit dapat ditakrifkan sebagai seluruh kebudayaan [[Indonesia]] yang telah ada sebelum terbentuknya negara Indonesia pada tahun [[1945]]. Seluruh kebudayaan tempatan yang berasal daripada kebudayaan beraneka ragam suku-suku kaum di Indonesia adalah merupakan bahagian-bahagian kebudayaan Indonesia yang penting.Perlu di fahami budaya adalah milik bangsa bukan milik negara.Indonesia terdiri dari suku/ras bukan dari bangsa yang tersedia ada di dunia ini.
 
Kebudayaan Indonesia walau beraneka ragam, namun pada dasarnya terbentuk dan dipengaruhi oleh kebudayaan besar yang lain seperti [[kebudayaan Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu]] [[kebudayaan Cina]], [[kebudayaan India]], dan [[kebudayaan Arab]]. Kebudayaan India terutama masuk dari penyebaran agama [[Hindu]] dan [[Budisme|Buddha]] di [[Nusantara]] jauh sebelum Indonesia terbentuk. Kerajaan-kerajaan yang bernafaskan agama Hindu dan Buddha sempat mendominasi Nusantara pada [[abad ke-5]] ditandai dengan berdirinya kerajaan tertua di Nusantara, [[Kutai]] sampai ke penghujung [[abad ke-15]].
 
Kebudayaan Cina masuk dan mempengaruhi kebudayaan Indonesia kerana interaksi [[perdagangan]] yang intensif antara pedagang-pedagang [[Tionghoa|Cina]] dan Nusantara ([[Sriwijaya]]). Selain itu, banyak pula yang masuk bersama perantau-perantau Cina yang datang dari daerah selatan [[China]] dan menetap di Nusantara. Mereka menetap dan mengahwini penduduk tempatan menghasilkan [[perpaduan]] kebudayaan Cina dan tempatan yang unik. Kebudayaan seperti inilah yang kemudian menjadi salah satu akar daripada kebudayaan tempatan moden di Indonesia seperti kebudayaan [[Jawa]] dan [[Betawi]].