Betong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Maklumat baru
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Daerah Betong telah dinaikkan taraf menjadi Bahagian Betong pada 26 Mac 2002. Sebelum ini ia merupakan salah satu daerah di dalam Bahagian Sri Aman. Keluasan Bahagian Betong ialah 4,180.8 km persegi. Kawasan di bawah pentadbirannya meliputi kawasan Betong dan [[Saratok]]. Jumlah penduduknya berdasarkan banci penduduk 2000 adalah 92,427 orang. Penduduknya pelbagai kaum yang terdiri daripada kaum [[Melayu]], [[Iban]], [[Cina]] dan [[Bidayuh]]. Daerah Betong ditadbir oleh [[Majlis Daerah Betong]] yang merangkumi kawasan bandar Betong sendiri termasuk pekan [[Debak]], [[Pusa]], [[Spaoh]] dan kawasan-kawasan sekitarnya. Manakala daerah Saratok di tadbir oleh [[Majlis Daerah Saratok]].
 
Kawasan menarik di Betong ialah Batang Ai Resort, sebuah kawasan peranginan yang dibangunkan berhampiran tasik buatan untuk menjana tenaga iaitu kawasan hidroelektrik Batang Ai.