Bom tangan: Perbezaan antara semakan

4,649 bait ditambah ,  17 tahun lalu
 
 
===Bom Asap ===
[[de: Handgranate]] [[fr:Grenade (arme)]] [[nl:Handgranaat]] [[pl:Granat (bro%C5%84)]] [[ja:%E6%89%8B%E6%A6%B4%E5%BC%BE]]
[[Imej:G-Fig1-13.JPG|thumb|left|100px|Bom Asap]]
Bom asap merupakan jenis bom tangan bentuk tin yang digunakan sebagai peranti isyarat darat ke darat atau darat ke udara, peranti penanda zon sasaran atau pendaratan, atau peranti tabir bagi pergerakan tentera. Bekas bom asap biasanya terdiri daripada silinder kepingan logam dengan liang bukaan di bahagian atas dan bawah bagi membebaskan asap apabila diaktifkan. Pengisinya biasanya terdiri daripada 250 hingga 350 gram campuran asap pewarna (merah, hijau, kuning, atau ungu) (kebanyakannya [[potassium chlorate]], laktose dan pewarna). Jenis bom tangan asap lain, adalah jenis meletup. Ia mengandungi phosphorus putih (WP), yang disebarkan melalui letupan. Phosphorus terbakar apabila terdedah kepada udara, dan terbakar dengan api kuning terang, sambil menghasilkan asap putih yang banyak (phosphorus pentoxide). Ia juga berfungsi sebagai bom pembakar ( ''incendiary grenades (q.v.)'' ).
<BR CLEAR="all" />
 
===Kawalan rusuhan===
[[Imej:G-Fig1-14.JPG|thumb|left|100px|CS Gas grenade]]
Bom gas digunakan untuk membubarkan kumpulan orang ramai. Yang paling dikenali adalah bom pemedih mata (bom tangan [[gas CS]]). Bom tangan ini menyerupai bom asap dari segi bentuk dan cara digunakan. Walaupun dengan gas pemedih mata, pengisinya terdiri daripada 80 hingga 120 gram CS (Chlorobenzol malononitrile). Bahan kimia beracun toksid ini (apabila bersentuhan dengan muka) menyebabkan rasa terbakar yang teruk pada mata dan pada kerongkong apabila dihidu. Sekiranya seseorang itu kekal terdedah kepada gas ini untuk tempoh panjang (melebihi 10 minit) ia mampu menyebabkan [[lepuh]] pada kulit dan kecederaan kekal pada paru-paru (sebagai contoh [[barah paru-paru]]). Bagi mereka yang lemah dan berumur, gas CS mampu menyebabkan kematian.
<BR CLEAR="all" />
 
===Bom pembakar ( ''Incendiary'' ) - digunakan untuk memusnah dengan haba.===
[[Imej:G-Fig1-16.JPG|thumb|left|100px|Bom pembakar ''Incendiary'']]
Bom tangan jenis ini menghasilkan haba melampau melalui [[reaksi kimia]]. Bentuknya hampir serupa seperti bom tangan asap dan gas. Pengisinya terdiri daripada 600 hingga 800 gram [[thermate]] (TH3), yang merupakan versi [[thermite]] diperbarui, bahan pembakar yang digunakan dalam bom tangan semasa [[Perang Dunia II]]. Sebahagian daripada campuran thermate bertumar menjadi [[besi]] cair, yang terbakar pada suhu 2204 darjah [[Selsius]] (4000 darjah [[Fahrenheit]]). Ia menjadi sebati dengan bahagian logam yang bersentuhan dengannya. Pengisi thermate bagi bom tangan AN-M14 terbakar selama 40 saat dan mampu membakar menembusi 1/2-inci kepingan keluli [[homogeneous]]. Ia membekalkan [[oksigen]]nya sendiri dan mampu terbakar di bawah [[air]]. [[Phosphorus]] putih juga digunakan sebagai pengisi bom tangan pembakar, yang membakar pada suhu 2760 darjah [[Selsius]] (5000 darjah [[Fahrenheit]]).
 
Pembakaran thermate dan phosphorus adalah paling teruk dan menyakitkan kerana thermate dan phosphorus terbakar pada kadar pantas dan suhu yang membolehkan satu partikel kimia tersebut membakar menembusi hampir kesemua ([[kulit]], [[saraf]], [[otot]] dan juga [[tulang]], walaupun di tempat di mana tidak terdapat oksigen. Selain itu, phosphorus putih amat beracun. Dos 50-100 milligram mampu membawa kematian.
<br clear="all" />
 
===Bom tangan Gegaran ''Concussion'' ===
[[Imej:Xm84-newstun small.JPG|thumb|left|70px|Flashbang]]
'''Bom tangan gegaran ( ''Concussion'' )''', juga dikenali sebagai '''graned stun''' atau '''flashbangs''', pada asalnya direka bagi [[Pasukan Udara Khas|Pasukan Udara Khas ( ''Special Air Service'' )]] British. Bom tangan gegaran digunakan untuk menggegar, mengeliru, mengharu-biru, atau mengganggu potensi ancaman seketika selama lima sehingga enam saat. Yang paling dikenali adalah Bom Gegaran XM84 ( ''Stun Grenade'' ), biasanya dikenali sebagai "Flashbang", dipanggil sedemikian kerana ia menghasilkan kilauan blinding (1 juta kilauan [[Candela]]) dan letupan (170-180 [[Desibel]]). Bom tangan ini mampu melumpuhkan mangsa tanpa menyebabkan kecederaan kekal.
<BR CLEAR="all" />
 
Apabila meletup, fius/bom tangan tersebut kekal tanpa menghasilkan sebarang serpihan. Ia berbentuk tiub [[hexagon]] [[besi]] dengan liang di sisi yang membenarkan letupan cahaya dan bunyi dikeluarkan. Pengisinya terdiri daripada 4,5 gram [[pyroteknik]] campuran oksida logam [[magnesium]] & [[ammonium perchlorate]].
 
==Bom tangan stail sebagai hiasan ==
Bom tangan menunjuk-nunjuk, dengan percikan bunga api, digunakan sebagai hiasan pada [[uniform ketenteraan]], terutamanya di [[Perancis]] (terutamanya. [[Gendarmerie Perancis]]) dan [[Carabinieri]] [[Itali]].
 
[[de: Handgranate]]
[[en:Grenade]]
[[fr:Grenade (arme)]]
[[nl:Handgranaat]]
[[pl:Granat (bro%C5%84)]]
[[ja:%E6%89%8B%E6%A6%B4%E5%BC%BE]]
245,308

suntingan