Gavrilo Princip: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 5:
 
==Kehidupan awal==
Princip dilahirkan di [[Obljaj]], sebuah desa yang berhampiran dengan [[Bosansko Grahovo]], [[Bosnia dan Herzegovina]], kepada seorang posmen. Ibu bapanya, Petar dan Marija ''Nana'' Mičić, mempunyai sembilan orang anak, iaitu lima orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan. Enam daripada anak-anak mereka meninggal dunia ketika masih [[kanak-kanak]]. Kesihatan Princip juga tidak baik. Dari masa awal lagi, dia menghidap [[batuk kering]]. Ini kemudian menjadi sebab kematiannya pada tahun [[1918]], dan juga merupakan salah satu sebab mengapa Princip membunuh Archduke Ferdinand.
 
Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Princip adalah ahli [[Bosnia Muda]] (''Млада Босна/Mlada Bosna''), tetapi ada juga yang menegaskan bahawa dia sebenarnya adalah ahli [[Tangan Hitam]] (''Црна рука/Crna ruka''), (atau sekurang-kurangnya dilaithdilatih oleh kumpulan itu). Gerakan Bosnia Muda adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada orang-orang [[Serbia]], [[Croatia]], dan [[Muslim]] [[Bosnia]] yang mengabdikan diri mereka kepada [[kemerdekaan]] orang-orang Slavik Selatan daripada penguasaan [[Austria]]-[[Hungary]].
 
Pada Februari [[1912]], Princip mengambil bahagian dalam tunjuk-[[tunjuk perasaan]] untuk membantah pihak berkuasa [[Sarajevo]]. Disebabkan penyertaannya itu, Princip dibuang [[sekolah]]. Menyusul pembuangannyapembuangan ini, dia pergi ke [[Belgrade]]. Semasa menyeberangi sempadan, dia mencium tanah Serbia. Di Belgrade, diaPrincip mencuba menyertai [[Gimnasium (sekolah)|Gimnasium]] Belgrade Pertama, tetapi gagal dalam peperiksaan kemasukankemasukannya.
 
Pada tahun [[1912]], Serbia sedang sibuk dengan [[pengerahan]] untuk [[Perang Balkan Pertama]]. Princip berhasrat untuk menyertai ''komite'', angkatan [[tentera]] [[gerila]] bukan tetap Serbia di bawah [[Vojislav Tankosic]], seorang [[mejar]] Serbia yang pernah bertempur dengan unit-unit Otoman di [[Macedonia (kawasan)|Macedonia]]. Tankosic ialah seorang ahli jawatankuasa pusat untuk kongsi gelap, ''Penyatuan atau Kematian'' (''Ujedinjenje ili Smrt''). Bagaimanapun, Princip ditolak oleh ''komite'' di Belgrade kerana dia rendah dan kecil. Dia kemudian pergi ke [[Prokuplje]] di Serbia Selatan untuk mencari Tankosic. Bagaimanapun, Tankosic juga menolaknya kerana dia "terlalu kecil dan terlalu lemah". Princip kemudian berazam untuk mengimbangi saizsaiznya yang tidak sempurna danserta penganggaran kurang terhadap keupayaannya. Dedijer memperdebatkan bahawa penolakannya itu merupakan "salah satu niat peribadi yang utama yang mendorongnya untuk membuat sesuatu yang amat berani dan luar biasa supaya dapat membuktikan kepada orang-orang lain bahawa dia adalah sebanding dengan mereka."
 
==Assassination==