Gavrilo Princip: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:gavrilloprincip.jpg|thumb|200px|right|Gavrilo Princip di dalam sel penjara [[Theresienstadt]]]]
 
'''Gavrilo Princip''' ([[bahasa Cyrillic Serbia]]: ''Гаврило Принцип'' ; [[25 Julai]] [[1894]] – [[28 April]] [[1918]]) ialah ahli [[BosniaPemuda MudaBosnia]] (sebuah [[kongsi gelap]] [[Serbia]]) yang membunuh [[Archduke Franz Ferdinand dari Austria]] dan isterinya, [[Sophie, Duchess dari Hohenberg]] di [[Sarajevo]] pada [[28 Jun]] [[1914]]. Peristiwa itu yang dikenali sebagai [[pembunuhan di Sarajevo]] mencetuskan tindak balas [[Austria]] terhadap [[Serbia]] dan mengakibatkan [[Perang Dunia I]].
 
 
Baris 7:
Princip dilahirkan di [[Obljaj]], sebuah desa yang berhampiran dengan [[Bosansko Grahovo]], [[Bosnia dan Herzegovina]], kepada seorang posmen. Ibu bapanya, Petar dan Marija ''Nana'' Mičić, mempunyai sembilan orang anak, iaitu lima orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan. Enam daripada anak-anak mereka meninggal dunia ketika masih [[kanak-kanak]]. Kesihatan Princip juga tidak baik. Dari masa awal lagi, dia menghidap [[batuk kering]]. Ini kemudian menjadi sebab kematiannya pada tahun [[1918]], dan juga merupakan salah satu sebab mengapa Princip membunuh Archduke Ferdinand.
 
Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Princip adalah ahli [[BosniaPemuda MudaBosnia]] (''Млада Босна/Mlada Bosna''), tetapi ada juga yang menegaskan bahawa dia sebenarnya adalah ahli [[Tangan Hitam]] (''Црна рука/Crna ruka''), atau sekurang-kurangnya dilatih oleh kumpulan itu. Gerakan BosniaPemuda MudaBosnia adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada orang-orang [[Serbia]], [[Croatia]], dan [[Muslim]] [[Bosnia]] yang mengabdikan diri mereka kepada [[kemerdekaan]] orang-orang Slavik Selatan daripada penguasaan [[Austria]]-[[Hungary]].
 
Pada Februari [[1912]], Princip mengambil bahagian dalam tunjuk-[[tunjuk perasaan]] untuk membantah pihak berkuasa [[Sarajevo]]. Disebabkan penyertaannya itu, Princip dibuang [[sekolah]]. Menyusul pembuangan ini, dia pergi ke [[Belgrade]]. Semasa menyeberangi sempadan, dia mencium tanah Serbia. Di Belgrade, Princip mencuba menyertai [[Gimnasium (sekolah)|Gimnasium]] Belgrade Pertama, tetapi gagal dalam peperiksaan kemasukannya.