Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox Sekolah Malaysia |Nama Sekolah = Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek |Logo Sekolah = |Moto = |T...'
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30:
 
==Sejarah ==
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu, kira-kira dua kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar-pelajar sulungnya bermula pada 2 Januari 1984. Seramai 84 orang pelajar telah dipilih dan ditempatkan untuk sementara di Sekolah Menengah Seri Budiman, Kuala Terengganu. Sekolah ini pada awalnya diberi nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman. Tanggal Februari 1986, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan semua kakitangan dan pelajar-pelajarnya mula berpindah ke bangunan tetapnya yang ada sekarang.
 
Nama Sekolah Menengah Agama Seri Budiman merupakan satu nama yang sangat lazim dan menjadi kekeliruan disebabkan terdapat tiga buah sekolah yang berdekatan juga diberi nama Seri Budiman maka Jabatan Pendidikan Terengganu meminta dicarikan satu nama lain yang lebih sesuai. Akhirnya, Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin Mat @ Muhd bersama dengan seorang tokoh sejarah Negeri Terengganu Dato' Setia Jasa (Allayarham Dato' Haji Mohd. Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan nama seorang tokoh ulama' Terengganu iaitu Sheikh Abdul Malek bin Abdullah yang terkenal dengan gelaran “Tok Ku Pulau Manis” untuk diabadikan namanya bagi sekolah ini. Cadangan ini diterima dan bermula bulan Ogos 1987 sekolah ini dengan rasminya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.
==Pencapaian ==