Wikipedia:Terjemahan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
Adalah menjadi kebiasaan untuk Wikipedia kecil menterjemahkan rencana-rencana dari Wikipedia besar. Namun rencana tersebut tidaklah perlu merupakan terjemahan tepat rencana asal. Yang penting adalah rencana tersebut mengikut polisi dan gaya Wikipedia ini. Lihat [[:m:Translation of the week]] jika anda berminat.
 
Menterjemahkan keseluruhan rencana bukanlah suatu kerja yang mudah. Tatabahasa dan gaya karangan setiap bahasa mungkin berbeza. Anda mungkin mahu membaca terjemahan anda sekali lagi setelah siap menterjemahkan rencana tersebut! Dan jangan lupa letakkan pautan antara bahasa.
 
Jika anda berhasrat meletakkan rencana bahasa asing ke dalam Wikipedia ini, sila letakkan templat <nowiki>{{terjemahan}}</nowiki> di atas rencana tersebut supaya mudah dikenal pasti. Templat tersebut akan kelihatan seperti ini:
 
 
{{terjemahan}}
 
Sila ingat bahawa rencana yang tidak diterjemahkan boleh dihapuskan selepas beberapa lama. Jadi pastikan anda betul-betul hendak menterjemahkan rencana tersebut sebelum meletakkan kandungan bahasa asing dalam Wikipedia bahasa Melayu.
 
Jika anda berhasrat membantu menterjemahkan rencana sedia ada, senarai rencana tersebut boleh didapati di kategori di bawah ini.
 
==Cara menterjemah==
Menterjemahkan keseluruhan rencana bukanlah suatu kerja yang mudah. Tatabahasa dan gaya karangan setiap bahasa mungkin berbeza. Anda mungkin mahu membaca terjemahan anda sekali lagi setelah siap menterjemahkan rencana tersebut! Dan jangan lupa letakkan pautan antara bahasa.
 
Kerja penterjemahan memerlukan banyak usaha. Penterjemahan mesin pasti mendatangkan hasil yang bermutu teruk. Mengikut sepersetujuan Wikipedia, '''lebih baik tidak berbuat apa-apa daripada menjadikan hasil terjemahan mesin yang dibiarkan tak tersunting rapi sebagai rencana Wikipedia.'''
 
Disebabkan pelesenan Wikipedia memerlukan atribusi, '''sumber terjemahan wajar diberi penghargaan supaya tidak timbul pelanggaran hak cipta'''. Untuk berbuat demikian, adalah disaran supaya menaipkan atribusi dalam ringkasan suntingan atau membubuh {{tl|Translated page}} pada laman perbincangan rencana. (See also [[Wikipedia:Copying within Wikipedia]].)
 
Apabila menterjemah, ingatlah bahawa hasil terjemahan yang berguna bukan sekadar ketepatan menyampaikan maklumat asli. Misalnya, seorang pembaca berbahasa Melayu pasti mengenali [[Hang Tuah]], tetapi mungkin sekali tidak kenal [[Zwarte Piet]]; bagi pembaca bahasa Belanda pula adalah sebaliknya juga. Begitu juga untuk penterjemahan teks-teks sains (rujuk [[:en:EASE Guidelines for Authors and Translators of Scientific Articles|EASE Guidelines for Authors and Translators of Scientific Articles]]).
 
Untuk menambahkan pautan kepada hasil terjemahan anda dalam [[Wikipedia:Kotak pengguna|Kotak pengguna]] bahasa, ikuti arahan di laman [[Help:Pautan antara bahasa]].
 
== Beberapa istilah yang kerap muncul ==