Luna Lovegood: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 17:42, 28 September 2006

Luna Lovegood (lahir tahun 1981]]) merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter. Beliau digambarkan seolah-olah nyanyuk, dengan tongkat saktinya disangkut di belakang telinganya, memakai subang berbentuk lobak yang besar dan rantai yang dibuat dari gabus penutup botol Bir Butter. Bapa Luna merupakan penyunting Majalah The Quibbler, majalah yang (menurutnya) "perkara penting yang perlu diketahui ramai." Cerita di dalamnya sering tidak munasabagh, tidak benar dan pelik; walau bagaimanapun, Luna mempercayainya dan ramai menganggap yang dia pelik dengan kepercayannya itu. Luna sentiasa mempertahankan apa yang dipercayainya, bapanya dan majalahnya daripada mendapat tentangan yang paling sjelas adalah daripada Hermione Granger.

Watak Harry Potter
Luna Lovegood
Luna Lovegood, dilakonkan oleh Evanna Lynch.
Luna Lovegood
Jantina Perempuan
Warna rambut Perang kotor
Warna mata Keperakan
Rumah Ravenclaw
Sekolah Hogwarts
Keturunan Campuran Sihir atau Sihir
Dilakonkan oleh Evanna Lynch
Kemunculan pertama Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix (buku & filem)

Watak ini akan dilakonkan oleh Evanna Lynch dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix (dalam laman web, Rowling menyatakan yang pelakon tersebut sangat "sempurna" untuk watak tersebut).

Gambaran oleh J.K. Rowling

Templat:Spoiler J.K. Rowling mengatakan yang Luna ibarat "anti-Hermione" atau lawan kepada Hermione, kerana Luna mempercayai sesuatu menurut hatinya tetapi Hermione menegakkan kepercayaannya kepada fakta dan logik. Hermione berkali-kali cuba meyakinkan Luna yang kepercayaannya semua tu adalah karut tetapi tidak berhasil. Hermione melihat Luna sebagai orang yang sangat mudah terpedaya dan Luna melihat Hermione sebagai orang yang sempit akal. Pada penghujung Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Hermione mula menyedari yang tidak akan meninggalkan apa yang dipercayainya. Di sebalik sifat Luna itu, beliau sangat tajam daya anggapannya terhadap manusia dan Harry sering menyedari akan sikapnya yang sangat berterus terang.

Biografi

Luna merupakan ahli Ravenclaw dan setahun dengan Ginny Weasley. Luna mula diperkenalkan dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, di dalam Ekspres Hogwarts. Apabila tiada lagi gerabak lain yang kosong bagi Harry, Ginny dan Neville Longbottom, Ginny mengajak mereka ke gerabak yang diduduki Luna. Apabila Ron Weasley dan Hermione Granger menyertai mereka kemudiannya, sikap Luna menunjukkan yang dia mungkin menyukai Ron. Beliau menghabiskan masa di dalam kereta api dengan membaca senaskhah majalah bapanya, penerbitan yang Hermione dapati isinya sangat meragukan.

Luna mempunyai rambut perang kotor yang berjurai-jurai ke paras pinggang dan mukanya sentiasa kelihatan kalut. Matanya digambarkan "keperakan" dan "kabur", menunjukan yang menkin matanya berwarna kelabu pucat. Matanya juga dikatakan agak tersembul yang menambahkan lagi keanehan rupanya.