Perbezaan antara semakan "Luna Lovegood"

1,798 bait ditambah ,  13 tahun lalu
 
Luna mempunyai rambut perang kotor yang berjurai-jurai ke paras pinggang dan mukanya sentiasa kelihatan kalut. Matanya digambarkan "keperakan" dan "kabur", menunjukan yang menkin matanya berwarna kelabu pucat. Matanya juga dikatakan agak tersembul yang menambahkan lagi keanehan rupanya.
 
Penampilannya yang aneh menyebabkan dia terasing dari pelajar Hogwarts lain, tetapi dia seolah-olah tidak peduli apa yang difikirkan orang lain tentang dirinya; beliau menyedarinya tetapi seakan-akan tidak terasa walaupun digelar "Lovegood Tiga Suku". Rakan sekelasnya sering mencuri barangnya dan menyembunyikannya memandangkan perkara tersebut menggelikan hati mereka. Apabila dia memberitahu Harry Potter akan hal tersebut secara bersahaja, dia tetap meraih simpati. Harry menjadi berang apabila mendengar orang mencuri barangan Luna dan menawarkan diri untuk membantunya tetapi Luna menolak dengan mengatakan yang barang-barang tersebut akan balik akhirnya. Luna adalah orang yang percaya akan cerita Harry tentang [[Lord Voldemort]] ketika orang lain menentangnya.
 
Ketika tahun keempatnya, beliau menyertai [[Tentera Dumbledore]] (T.D.) yang kemudian Harry dapati pada mulanya persembahan beliau agak tidak sekata. Harry mengetuai beliau, Hermione, Ginny, Ron dan Neville ke [[Kementerian Sihir#Jabatan Misteri|Jabatan Misteri]], yang kemudian mereka diserang oleh sekumpulan [[Death Eater]] dan Luna kemudian tidak sedarkan diri.
 
Luna mendakwa mampu mendengar suara di balik tabir misteri yang seolah-olah memisahkan antara hidup dan mati di Bilik Kematian di Jabatan Misteri. Harry juga mampu mendengarnya (Neville dan Ginny juga seperti mereka juga dipengaruhi tabir itu), dan Luna percaya yang orang mati, termasuk ibunya dan [[Sirius Black]], berada di balik tabir tersebut. Apabila beliau menerangkan ini kepada Harry, yang dirundung kesedihan dan kekecewaan yang teruk dengan kematian Sirius, Harry berasa lebih lega.
 
Di sebalik keanehannya dan kepercayaannya yang karut dan pelik, Luna juga kelihatan waras, malah dia juga ahli rumah Ravenclaw yang menunjukkan beliau juga bijak.
 
 
[[Kategori:Harry Potter]]
44,040

suntingan