Luna Lovegood: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 34:
 
Di sebalik keanehannya dan kepercayaannya yang karut dan pelik, Luna juga kelihatan waras, malah dia juga ahli rumah Ravenclaw yang menunjukkan beliau juga bijak.
 
Dalam tahun kelimanya, Luna dijemput Harry untuk menghadiri parti Krismas Profesor Slughorn memandangkan perempuan yang Harry minati, Ginny Weasley, mempunyai teman lelaki. Harry, walau bagaimanapun, jelas menunjukkan jemputannya hanyalah sebagai kawan memandangkan ramai pelajar sekolah meminatinya kini dan risau sekiranya itu akan menjadi ancaman kepada Luna. Perkara itu jelas kerana jemputan itu membuatkan banyak gadis lain cemburu tetapi menggembirakan Ginny, yang menzahirkan kegembiraannya pada Harry. Dalam parti tersebut, Harry mendapati yang Luna kelihatan elok dengan baju berlabuci keperakan dan lega beliau tidak memakai anting-anting lobaknya ataupun rantai gabus bir butter. Dalam babak tertentu, beliau turut menyatakan yang perjumpaan T.D. "ibarat mempunyai kawan". Walaupun Harry sukakan Luna yang menanggalkan segala barang kemas anehnya, dia masih tidak selesa dengan aspek personalitinya yang terlalu berterus terang.
 
Pada tahun yang sama, Profesor McGonagall melantik Luna untuk menjadi pengganti sementara Lee Jordan sebagai pengulas perlawanan [[Quidditch]] sekolah. Ketika bertugas, dia sering lalai dan fikirannya terawang-awang dan mengulas perkara lain kepada penonton seperti bentuk awan yang aneh, adakah Ginny Weasley itu baik dan juga kebolehan Zacharias Smith yang tidak mampu menjaga Quaffle diibaratkan dengan simpton penyakit. Sesetengah penonton mengejeknya, McGonagall seolah-olah tidak tahu hendak berbuat apa, dan orang yang biasa dengannya hanya tergelak terbahak-bahak. Ulasannya yang bukan biasa membolehkan Ron memenangi perlawanan, yang pada mulanya mendapati Luna adalah pelik tetapi mula menerimanya setelah mendengar ulasan perlawanan tersebut. (J.K. Rowling, secara kebetulan, gemar menjadikan Luna sebagai pengulas memandankan perlawanan tersebut adalah perlawanan Quidditch terakhir dalam siri tersebut.)
 
Apabila Death Eater menyerang [[Hogwarts]] pada penghujung buku keenam, Luna adalah antara ahli T.D. yang berusaha membantu mempertahankan sekolah. Selepas pertarungan, beliau turut menghadiri pengkebumian [[Albus Dumbledore]] bersama Neville. Di sana, dia dilihat membantu Neville ke kerusinya. Pada pengkebumian tersebut, Harry notes mendapati yang dia dan Neville berdua sahaja ahli T.D. (selain Ron, Hermione, dan Ginny) yang menjawab panggilan syiling untuk membantu. Harry mendapati kemungkinan mereka berdua sentiasa kesepian dan mungkin sentiasa memeriksa syiling tersebut untuk mendapat tahu sekiranya akan ada perjumpaan T.D. lagi.