Perbezaan antara semakan "Luna Lovegood"

3,455 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Apabila Death Eater menyerang [[Hogwarts]] pada penghujung buku keenam, Luna adalah antara ahli T.D. yang berusaha membantu mempertahankan sekolah. Selepas pertarungan, beliau turut menghadiri pengkebumian [[Albus Dumbledore]] bersama Neville. Di sana, dia dilihat membantu Neville ke kerusinya. Pada pengkebumian tersebut, Harry notes mendapati yang dia dan Neville berdua sahaja ahli T.D. (selain Ron, Hermione, dan Ginny) yang menjawab panggilan syiling untuk membantu. Harry mendapati kemungkinan mereka berdua sentiasa kesepian dan mungkin sentiasa memeriksa syiling tersebut untuk mendapat tahu sekiranya akan ada perjumpaan T.D. lagi.
 
==Latar belakang keluarga==
Walaupun keturunan darah sihir Luna tidak pernah diceritakan, kebarangkalian besar ibu bapanya adalah ahli sihir: bapanya penyunting ''The Quibbler'', dan dia mengatakan yang ibunya ahli sihir yang hebat. Hal tersebut tidaklah menunjukkan dia berdarah sihir tulen kerana kebarangkalian yang salah seorang atau kedua-duanya adalah kelahiran [[Muggle]] atau berdarah campuran dengan ibu atau bapa Muggle. J.K. Rowling telah menyatakan, untuk dipertimbangkan sebagai berdarah tulen, nenek dan datuknya haruslah ahli sihir. Maka, jika kedua-duanya berkelahiran Muggle, Luna mungkin berstatus kelahiran Muggle.
 
Luna mengatakan yang mendiang ibunya merupakan "ahli sihir yang luar biasa" yang "suka membuat uji kaji". Ibunya mati apabila sau daripada sihirnya "tak menjadi". Luna mengatakannya dengan tenang yang kematian ibunya adalah "dahsyat" dan mengakui dirinya masih merasakan kesedihan tetapi menyedari yang dia masih mempunyai seorang ayah. Disebabkan Luna menyaksikan kematian ibunya ketika berumur sembilan tahun, dia mampu menyaksikan [[testral]] sejak mula dia tiba di [[Hogwarts]].
 
Luna dan keluarganya tidak muncul hinggalah ''Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix'', tetapi dalam ''[[Harry Potter dalam Piala Api]]'' nama keluarga Lovegood disebutkan tinggal berhampiran kawasan Burrow (rumah [[keluarga Weasley]]), seperti juga keluarga Fawcett dan keluarga Diggory. Perkampungan terdekat dengan The Burrow ialah Ottery St. Catchpole, [[Devon]], dan ketiga-tiga keluarga sihir itu mungkin tinggal di sana atau berhampiran dengannya. Tidak dinyatakan bahawa kelularga tersebut adalah keluarga Luna tetapi J. K. Rowling tidak pula menyangkal sama sekali, malah boleh dikatakan keluarga Lovegood yang tinggal berhampiran Burrow bukanlah Luna mahupun bapanya tetapi bersaudara dengan mereka.
 
== Etimologi nama ==
Namae ''Luna'' dalam [[Latin]] bermaksud "[[bulan]]". Ini mungkin mengaitkan sikapnya yang lalai dan nyanyuk, kerana sejak dahulu, bulan dikatakan menyebabkan manusia kurang waras (yang mewujudkan perkataan ''"lunatic"'' (gila), yang tidak menghairankan menjadi punca kepada gelaran ''"Loony"'' (tiga suku)). Dalam cerita zaman dahulu di barat, bulan mewakili gerak hati dan pandangan ke hadapan atau wawasan. Namanya juga menunjukkan yang dia adalah cahaya jiwa dan hati yang baik, seperti dewi bulan [[Mitologi Rom|Rom]] [[Diana (mitologi)|Diana]]. Luna juga dewi bulan masyarakat Rom tetapi telah digantikan oleh Diana. (Versi [[Mitologi Yunani|Yunani]] bagi Diana ialah [[Artemis]]). Selene, dewi bulan lain bagi masyarakat Yunani juga digantikan oleh Artemis seperti juga Luna dan Diana.
 
Asal nama keluarga "Lovegood" lebih kabur. Jelasnya kata "love" (cinta) dan "good" (kebaikan), menunjukkan makna secara positif (seperti "perlawanan antara kebaikan dan kejahatan, cinta dan benci"). Perkara tersebut boleh dikaitkan dengan perwatakan baik Luna, atau kebiasaan peribadinya. Nama keluarganya juga boleh merujuk kepada Elliot Lovegood Grant Watson, yang menulis beberapa buku yang menentang [[Darwinisme]] selepas beliau dibesarkan oleh ibu yang mengkagumi [[Charles Darwin|Darwin]]. Itu menunjukkan bagaimana ''The Quibbler'' menyerang kepercayaan yang dipercayai ramai.
 
==Pautan luar==
*{{en}} [http://www.hp-lexicon.org/wizards/luna.html Masukan Luna dalam Harry Potter Lexicon]
*{{en}} [http://news.bbc.co.uk/cbbcnews/hi/newsid_4670000/newsid_4672700/4672798.stm Pengesahan pemilihan pelakon]
 
 
44,040

suntingan