Templat:Rbi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistair (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Alistair (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
:'''''[[Zaman Keemasan Islam]]''' mewarisi "pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah kuno, Greece, Persia dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari luar, contohnya seperti penomboran kedudukan dari India," tulis Bernard Lewis dalam bukunya What Went Wrong? (Apakah Silapnya?).Satu lagi pembaharuan ialah kertas - asalnya rahsia yang dijaga ketat orang Cina. Seni pembuatan kertas diperolehi daripada dua tawanan di Pertempuran Talas (751), hingga kilang kertas dapat dibina di Samarkand dan Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik orang Cina dengan menggunakan kain linen berbanding kulit pokok mulberi.Kebanyakan pembelajaran dan kemajuan ini dapat dikaitkan dengan geografi. Sebelum kedatangan Islam lagi, bandar Mekah telah menjadi pusat perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim ~ 37 juta, sebahagian besarnya orang Uyghur Turkic yang tanahnya dirampas China), India, Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan mereka untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan.''
:''Terdapat pelbagai definasi berkenaan '''[[wang]]''' dalam ekonomi, akan tetapi kini mana-mana barangan yang memenuhui syarat wang boleh menjadi wang, iaitu menjadi suatu medium pertukaran, penyimpan nilai, dan unit akaun. Sesetengah penulis turut mahukan wang menjadi satu piawai langsaian hutang juga.[1] Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai satu mata, terutama tukaran mata wang dengan status tender sah; akaun deposit yang mendominasi dalam mata-mata wang berkenaan juga dikira sebagai bekalan wang.''