Datu Mustapha Datu Harun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 53:
== Kerjaya ==
=== Zaman penjajahan ===
Pada tahun 1928, ketika berusia 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen [[Kudat]] Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. 6 tahun kemudian, beliau menjadi "Office Orderly" di Pejabat Daerah Kudat. Pada [[1 Februari]] [[1937]], beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan Pemungut Cukai Candu. Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas Tentera Jepun. Pada tahun 1944, beliau lari ke [[Filipina]] dan menyertai gerakan gerila. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud.
 
Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas Tentera Jepun. Sewaktu zaman akhir penjajahan Jepun Tun Mustapha telah bertindak menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah menawarkan ganjaran wang untuk menangkap Tun Mustapha.Sewaktu pemberontakan Albert Kwork, Albert Kwork telah mengajak Tun Mustapha untuk sama-sama menyerang Jesselton, tetapi beliau menasihatkan Alber Kwork bahawa belum tiba masanya untuk memberontak. Persediaan dan perancangan rapi adalah diperlukan. Albert Kwork telah bertindak sendirian. walau bagaimanapun orang-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Bannaran dan Sulu dari Mantanani dan Inanam dibawah pimpinan Panglima Ali dan beberapa pemimpin Bajau Suluk yang lain telah sama-sama berjuang dengan Alber Kwork.
Sekembalinya British dari [[Perang Dunia Kedua]], beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.
 
Pada tahun 1944, beliau telah belayar menggunakan kapal layar Bajau jenis kumpit ke Palawan (Filipina)bersama-sama sahabatnya Haji Jaafar dan seorang lagi untuk meminta bantuan tentera Amerika di Filipina. Sewaktu di Pulau Balambangan ( Banggi ) Tun Mustapha dan Haji Jaafar telah bertempur dengan lima orang tentera Jepun dengan bersenjatakan parang Barung( senjata pusaka dari Datu Paduka Mat Salleh )dan mereka berjaya membunuh kesemua tentera Jepun. Tun Mustapha telah memenggal kepala tentera Jepun yang dibunuhnya untuk dibawa menemui Jeneral Mac Arthur ( Ketua Tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Filipina)untuk mendapatkan bantuan senjata bagi menentang tentera Jepun di Sabah. Sewaktu Tun Mustapha di Filipina bapanya telah meninggal dunia dan adiknya pula Datu Muhammadun bersama-sama sahabatnya ( sepupunya ) Alibasa telah ditangkap oleh tentera Jepun di perairan Pulau Banggi sewaktu mengintip pergerakan tentera Jepun untuk memastikan pelayaran Tun Mustapha ke Palawan selamat. Datu muhamadun telah disiksa oleh tentera Jepun dengan diikat dipalang kayu.Dihiris-hiris badannya dan lukanya dibubuh garam. Beliau dijemur dipanas terik diberi minum air sabun dan dipukul perut dan badannya oleh tentera Jepun. Alibasa pula telah digantung di Karakit Pulau Banggi selama tiga hari tiga malam dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki terikat di atas. Beliau juga disiksa dan dipukul oleh tentera Jepun. Selepas tiga hari Alibasa dan Datu Muhamadun telah dibawa belayar ke Kudat. Datu Muhamadun telah memberikan amanta akhir kepada Alibasa agar beliau mencari jalan untuk melarikan diri dan memberitahu Tun Mustapha mengenai penagkapannya dan beliau berpesan agar membela kematiannya nanti.
 
Ali basa telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut di perairan Pulau Balak-balak Banggi dalam keadaan kaki tangan terikat dan telanjang bulat.Menurut beliau sewaktu berada dalam air laut ikan yu hanya mengelilingi beliau dan beliau boleh bernafas dalam air.Air laut tidak mengenai hidungnya dalam jarak sejengkal. Beliau berjaya membuka ikatan di kaki dan tangannya dan berenang ke Pulau Balak-Balak Banggi. Sewaktu terjun ke dalam laut, beliau telah dihujani dengan peluru meriam dan senapang tentera Jepun namun tidak langsung mengenai tubuh badannya.Keberanian Datu Muhamadun dan Alibasa telah diabadikan dalam SYAIR PERANG SABIL dalam versi bahasa Suluk untuk menaikkan semangat jihad tentera gerila di Sabah.
 
Sewaktu Tun Mustapha telah kembali ke Sabah beliau amat marah dengan kematian adiknya. Tun Mustapha telah menubuhkan dan mengetuai tentera gerila bumiputera Sabah dengan berpangkat Kapten. Pasukan tentera gerila ini telah disertai oleh orang-orang bumiputera dari suku Suluk, Bajau Bannaran, Kagayan, orang sungai dan orang Brunai dari Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sewaktu melawan tentera Jepun, pasukan gerila Tun Mustapha telah terlibat dengan beberapa pertempuran di Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud dan Pulau Banggi. Sewaktu fasa akhir melawan tentera Jepun Tun Mustapha telah menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang ingin berpindah ke sebuah tempat persembunyian yang dikenali sebagai TAPOKAN di kawasan Telaga, Pitas.
 
Sekembalinya British dari [[Perang Dunia Kedua]], beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Belaiu telah memperjuangkan kemerdekaan Sabah dan atas kepimpinannya sewaktu melawan tentera Jepun di Sabah beliau telah diberi mandat untuk memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan. Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.
 
===Zaman kemerdekaan===