Janda Baik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Janda Baik''' adalah sebuah kampung rezab Melayu di Jajahan Bentung, [[Pahang]], [[Malaysia]]. Ia terletak di lereng [[Banjaran Titiwangsa]], kira-kira 600 meter di atas paras laut. Janda Baik adalah sejauh kira-kira 40 km dari [[Kuala Lumpur]], dan perjalanan kereta memakan selama 45 minit melalui lebuhraya Karak-Kuantan.

Janda Baik terkenal kerana ada ura-ura menempatkan kampus [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia]] di situ dan nahas udara melibatkan Tan Sri [[Ghazali Shafie]] @ King Ghaz, mantan Menteri Dalam Negeri Malaysia.<ref>[http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6e74de58-7f000010-2cbbb200-6c879712 Bertemu janda baik di Janda Baik…..] [[Agendadaily]]</ref>

Pelancong sering datang ke Janda Baik kerana ia adalah sebuah kampung Melayu di dataran tanah tinggi, dan udaranya dingin dan suasananya sentiasa nyaman. Ia penuh dengan bunga dan tumbuhan asli. Ada banyak anak sungai yang mengalir melalui kampung tersebut membuatnya sesuai untuk perkelahan dan perkhemahan. Janda baik terkenal dengan hasil halia dan bunga halekonia serta kacang botol dan sayur-sayuran lain.
 
{{Pahang}}