Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Losh~mswiki (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '[http://www.pknp.gov.my Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)] ditubuhkan pada 27 Disember 1965 melalui Enakmen LKNP Bil. 12/65 dengan tanggungjawab utamany...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 09:16, 9 Mac 2011

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ditubuhkan pada 27 Disember 1965 melalui Enakmen LKNP Bil. 12/65 dengan tanggungjawab utamanya bagi meningkat, mendorong, memberi kemudahan serta menjalankan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial negeri terutamanya di kawasan luar bandar.

Peranan dan aktiviti utama PKNP dan Kumpulan adalah tertumpu kepada sektor-sektor berikut:

Pembangunan Industri
Pembangunan Hartanah
Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru & Bandar Baru
Pelaburan
Pembangunan Usahawan Bumiputera


Piagam Pelanggan PKNP
Kami berjanji akan
1. Memberikan maklumbalas serta merta terhadap semua aduan pelanggan.
2. Memberikan maklumbalas kelulusan permohonan tapak industri dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh hari dari tarikh permohonan diterima.
3. Membuat tawaran jualan kedai/rumah serta merta kepada pemohon yang mengemukakan dokumen yang lengkap.
4. Mengeluarkan serta merta surat tawaran sewaan bagi premis-premis yang tersedia untuk disewa kepada pemohon yang berkelayakan dan mengemukakan dokumen yang lengkap.
5. Menyediakan maklumat dan rujukan terkini mengenai perniagaan dan keusahawanan Bumiputera.
6. Mengamalkan nilai-nilai murni dan berintegriti semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan PKNP.



Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) memperolehi pengiktirafan MS ISO 9001:2008.

Kronologi

Tahun Mula Perlaksanaan : 1997
Tahun Memperolehi Pensijilan ISO 9002 1994 : 7 Dis 1998
Tahun Menaiktaraf SPK Berasas ISO 9001:2000 : 7 Dis 2001
Tahun Menaiktaraf SPK Berasas ISO 9001:2008 : 2 Nov 2009
Tarikh Akhir Sah ISO : 6 Dis 2013


Skop Pensijilan ISO 9001:2008 PKNP

Administration and Operation of the following

 	' Industrial Development and Promotion
 	 Commercial Project Development
 	 Socioeconomic Project Development
 	 Bumiputera Entrepreneurial Development
 	Investment monitoring and
 	Corporate Services'
	 

Objektif Kualiti PKNP

"MEMENUHI KEPERLUAN DAN HARAPAN PELANGGAN"