Tayamum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Baris 27:
# Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit
# [[Murtad]]
 
===Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan===
 
Ada ketikanya bila Tayammum dan [[wuduk]] boleh digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan seseorang daripada hadas kecil. Umpamanya, seorang [[Muslim]] itu mengalami mudarat (seperti tangan disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka yang tidak boleh terkena [[air]], dan sekiranya terkena air boleh menambahkan lagi mudarat, orang tersebut dibolehkan menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa. Bahagian wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh dibersihkan dengan cara tayammum sahaja.
 
===Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air===
 
Apabila seseorang itu memulakan solatnya setelah bertayammum dan di pertengahan dia mengerjakan solatnya, tiba-tiba bekalan ataupun sumber air kembali pulih, dia boleh meneruskan dan menghabiskan solatnya tanpa memberhentikan solatnya. [[Solat]] itu sah dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut.
Sekiranya seseorang itu menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana ketiadaan air, dan selepas itu meneruskan perjalanannya dan kemudiannya berjumpa air, [[solat]] yang ditunaikannya tadi dengan bertayammum tidak perlu diulangi lagi.