Perbezaan antara semakan "Hikayat Merong Mahawangsa (filem)"

tiada ringkasan suntingan
'''''Hikayat Merong Mahawangsa''''' (atau '''''The Malay Chronicles: Bloodlines''''' untuk pasaran dunia) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh [[KRU Studios]] untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. [[Filem epik]] ini jelas diadaptasi dari prosa ''[[Hikayat Merong Mahawangsa]]'' yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan [[Kedah]].
 
Filem arahan [[Yusry Abdul Halim]] (dari kumpulan [[KRU]]) ini dijangkasedang menjengahditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia padabermula 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja sebelum ini pada 25 Februari<ref name=tayangan_diraja>[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SultanKedahbanggakisahMerongdifilemkan/Article/index Sultan Kedah bangga kisah Merong difilemkan], Berita Harian, 6 Mac 2011. Dicapai pada 7 Mac 2011.</ref> dan pratonton khas untuk pihak media pada 7 Mac 2011), dengan [[Stephen Rahman Hughes]] sebagai pemegang watak Merong Mahawangsa, diiringi oleh barisan pelakon yang ramai dari dalam dan luar negara, khususnya [[Rahim Razali|Dato' Haji Rahim Razali]], [[Ummi Nazeera]], [[Khir Rahman]], [[Jehan Miskin]], [[Umie Aida]] dan [[Maya Karin]].
 
Pada kos perbelanjaan muktamad sebanyak RM 8 juta (RM6.83 diisytiharkan kepada FINAS<ref name=finas>[http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2011 TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011], Finas.gov.my. Dicapai pada 13 Mac 2011.</ref>, sekitar RM 2 juta dibelanjakan untuk set, prop, busana)<ref name=nst>[[http://www.nst.com.my/nst/articles/Showbiz_ThemightyMerong/Article/art_print http://www.nst.com.my/nst/articles/Showbiz_ThemightyMerong/Article/art_print] Showbiz: The mighty Merong], New Straits Times, 4 Mac 2011. Dicapai pada 13 Mac 2011.</ref>, filem epik ''Hikayat Merong Mahawangsa'' menjadi filem buatan Malaysia kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang ''[[Puteri Gunung Ledang (filem)|Puteri Gunung Ledang]]'' yang menelan belanja RM 16.6 juta pada tahun 2004.<ref name=finas2/> Proses penggambaran filem ini banyak memanfaatkan teknik [[CGI]] selain prop dan set utama dengan tujuan untuk mengurangkan kos pembikinan filem sambil menghidupkan suasana abad ke-2 M.<ref name=murai2>[http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=9117&c=1&s=1 Hikayat Merong Mahawangsa Dah Balik Modal RM8 Juta?], Murai.com.my. Dicapai pada 13 Mac 2011.</ref>
21

suntingan