The Malay Chronicles: Bloodlines: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sangsakabangsa (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 80:
 
==Pencapaian==
<!--===Jualan===-->
Filem ''Hikayat Merong Mahawangsa'' membuka tayangan umumnya dengan cemerlang sekali, apabila ia menduduki tangga teratas dalam carta kutipan pawagam pada hujung minggu pertamanya (13–16 Mac 2011)<ref name=cinema>[http://www.cinema.com.my/charts/charts.aspx?date=3/13/2011 Week of 10 March 2011-16 March 2011], Cinema Online. Dicapai pada 15 Mac 2011.</ref> dengan meraih sebanyak RM2.2 juta<ref>[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/4haridapatRM2_2juta/Article 4 hari dapat RM2.2 juta], Berita Harian, 15 Mac 2011. Dicapai pada 15 Mac 2011.</ref> dari 67 buah pawagam di Malaysia dan dua di [[Brunei]].
 
===Ulasan===
 
Pada minggu pembukaannya kepada umum, ''Hikayat Merong Mahawangsa'' mulai menerima ulasan yang positif dari pengulas filem yang disiarkan dalam media ketika ini. Setelah menontonnya dalam Malam Gala pada Isnin, 7 Mac, pengulas bagi portal hiburan Tupai/Cinema Online memberi markah empat daripada lima bintang kepada filem ini dengan ulasan bahawa "filem ini ibarat menonton filem aksi Thai dan kesan visualnya pula seperti menonton filem Hollywood".<ref name=tupai>[http://www.tupai.com.my/2011/03/hikayat-merong-mahawangsa-epik-termahal.html Hikayat Merong Mahawangsa Epik termahal Malaysia], Tupai.com.my, 9 Mac 2011. Dicapai pada 10 Mac 2011.</ref><ref name=cinemaonline>[http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2009.6240.merongmahawansa.11663 Synopsis: Hikayat Merong Mahawangsa (Malay)], Cinema Online, 9 Mac 2011. Dicapai pada 10 Mac 2011.</ref> Tambahnya, aksi yang ditunjukkan dalam filem ini memang "dahsyat" atas khidmat kumpulan seni bela diri bimbingan Chan Man Cheong yang terkenal kerana menjayakan aksi-aksi lasak dalam siri filem ''[[Rush Hour]]'' dan ''[[Police Story]]'', tetapi mereka meluahkan rasa hairan dengan kesesuaian laras bahasa dalam babak Kamawas cuba menggoda Puteri Meng Li Hua, serta pencahayaan gambar yang "agak gelap". Yusry menjelaskan bahawa pencahayaannya memang sengaja dibuat begitu "untuk menunjukkan dua keadaan yang berbeza."<ref name=tupai/><ref name=cinemaonline/>