Pembunuhan beramai-ramai di Qibya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Baris 25:
Serangan ini membawa kesan yang mendalam dan dikutuk keras oleh masyarakat antarabangsa dan juga oleh rakyat [[Israel]] sendiri. [[Majlis Keselamatan PBB]] mengutuk [[Israel]] dalam satu resolusi yang dibuat pda [[24 November]] [[1953]]. banyak [[Negara-negara Islam]] melihat serangan ke atas perkampungan Qibya sebagai satu [[tindakan keganasan]].
 
Pada mulanya, rakyat [[Israel]] tidak mengetahui apa-apa mengenai serangan dan pembunuhan beramai-ramai di Qibya. Kerajaan Israel pada mulanya menafikan anggota tentera Israel terlibat. Hanya selepas ditunjukkan bukti dan keterangan saksi, barulah mereka mengakui bahawa askar Israel bertanggungjawab ke atas kematian penduduk Arab di Qibya. Pada [[19 Oktober]], [[1953]], [[David Ben-Gurion]] membuat dakwaan bahawa serangan tersebut sebenarnya dilakukan oleh orang-orang awam rakyat Israel.
 
“ …… tidak ada pihak yang lebih menyesali daripada kerajaan Israel mengenai serangan ini ... darah mereka yang tidak bersalah tertumpah … Kerajaan Israel menolak sekerasnya dakwaan bahawa serangan tersebut dilakukan oleh 600 orang askar [[Pasukan Pertahanan Israel]] (IDF) …. Kami telah menjalankan penyiasatan dan mendapati tanapa ada keraguan bahawa tiada unit tentera Israel yang tidak berada di markas mereka pada malam kejadian serangan ke atas Qibya. (Kenyataan Perdana Menteri Israel, David Ben-Gurion, ISA FM 2435/5)