Stadium Sultan Muhammad IV: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Alashr2003 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Stadium Sultan Mohammed Ke-IV''' merupakan salah sebuah stadium yang terdapat di negeri [[Kelantan]]. Stadium ini mampu menampung sehingga 30,000 orang penonton (duduk dan berdiri). Ia terletak di Jalan Doktor, [[Kota Bharu]].
 
Stadium Sultan Mohammed Ke IV telah dibina pada tahun 1967 bertujuan bagi
{{stub}}
menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti sukan Negeri Kelantan, terutamanya
sebagai padang bola sepak negeri. Ia dibina di atas tapak padang bola sepak Persatuan
Bola Sepak Kelantan yang terletak di tengah pusat bandar [[Kota Bharu]], bersebelahan
dengan pejabat Kerajaan seperti Hospital Raja Perempuan Zainab II, Pejabat Kontinjen
Polis Kelantan dan Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu. Pada masa itu, ia merupakan
sebuah stadium terbesar di Pantai Timur Semenanjung dengan muatan tempat duduk
seramai 18,000 orang dan padang bolanya memenuhi piawaian keluasan padang yang
ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara iaitu berukuran 119 meter panjang dan 100 meter
lebar.
 
Selain dari kemudahan permainan [[bola sepak]], kompleks stadium ini juga menyediakan
gelanggang tenis, trek balapan, kemudahan sukan, kemudahan perniagaan untuk
disewakan seperti, gudang, ruang pejabat, tapak ekspo, kios dan tandas awam. Ia juga
menyediakan kemudahan tempat riadah seperti kawasan permainan kasut roda dan surau.
 
Stadium Sultan Mohammed Ke IV pada awal penubuhannya diuruskan oleh
Persatuan Stadium Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Negeri Kelantan dan
dianggotai oleh seramai 30 orang ahli terdiri dari kakitangan Kerajaan dan juga wakil
persatuan sukan.
 
[[Kategori:Stadium]]
[[Kategori:Tempat sukan]]
[[Kategori:Stadium di Malaysia]]