Imigrasi: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 1:
Walaupun [[penghijrahan]] telah wujud selama beratus-ratus ribu tahun, '''imigrasi''' dalam erti kata moden merujuk kepada pergerakan orang-orang dari sebuah [[negara bangsa]] ke sebuah negara bangsa yang lain di mana mereka tidak merupakan [[Kewarganegaraan|warganegara]]. Imigrasi melibatkan kediaman tetap jangka panjang oleh pendatang-pendatang: Pelancong-[[Pelancongan|pelancong]] dan pelawat-pelawat jangka pendek tidak dianggap sebagai pendatang. Bagaimanapun, penghijrahan [[buruh]] bermusim (biasanya untuk tempoh yang kurang daripada setahun) sering diperlakukan sebagai sejenis imigrasi. Jumlah imigrasi sejagat adalah tinggi dari segi mutlak, tetapi rendah dari segi relatif. [[Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu]] menganggarkan bilangan pendatang antarabangsa sebanyak 190 juta pada tahun [[2005]], iaitu lebih kurang 3% daripada jumlah penduduk sejagat. 97% yang lain masih tinggal di negara asal mereka atau negara penggantinya.
Idea moden bagi imigrasi adalah berkait dengan pengembangan negara-negara bangsa, khususnya pada [[abad ke-19]], dengan syarat-syarat kewarganegaraan yang jelas, [[pasport]], kawalan sempadan yang kekal, dan [[undang-undang
|