Loghat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot membuang: ksh:Dijalägk; perubahan kosmetik
Baris 1:
'''Loghat''' ('''loghat daerah''', '''dialek''' atau '''bahasa daerah''') ialah [[kelainan bahasa|kelainan]] dalam sesuatu [[bahasa]] yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.<ref>[http://dictionary.oed.com/cgi/entry/50063104?query_type=word&queryword=dialect&first=1&max_to_show=10&sort_type=alpha&result_place=1&search_id=tFGd-Bh8USU-18775&hilite=50063104 Oxford English dictionary]</ref> Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial.<ref>[http://www.m-w.com/dictionary/dialect Merriam-Webster Online Dictionary]</ref> Istilah ''loghat'' berasal dari perkataan [[bahasa Arab|Arab]] {{lang|ar|لغة}} (''{{semxlit|lúğa}}'') yang bermaksud "bahasa"; sementara istilah ''dialek'' dipinjam dari bahasa Inggeris melalui perkataan [[bahasa Yunani|Yunani]] {{lang|gr|διάλεκτος}} (''dialektos'') yang bermaksud "bahasa" atau "perbualan".
Dalam kegunaan umum, perkataan "loghat" atau "loghat daerah" adakalanya dipakai untuk memaksudkan suatu bahasa yang kurang biasa didengari (terutamanya [[bahasa setempat]]), khususnya bahasa yang tidak bertulis atau tidak diselaraskan.<ref>Perhatikan, contohnnya, penggunaan "dialect" dalam ayat berikut yang dipetik dari potert biografi Theodore Roosevelt (''The river of doubt: Theodore Roosevelt's darkest journey'' (2005) oleh Candice Millard, Doubleday), ''"… and Rondon, although he knew ten different Indian dialects…"'' ("…dan Rondon, biarpun ia tahu akan sepuluh dialek Indian berbeza…", ms. 80). Penelitian kandungan akhbar masa itu turut memperlihatkan penggunaan yang sama.</ref> Penggunaan perkataan ini tidak sedap didengari penutur bahasa-bahasa yang dimaksudkan kerana diiringi salah sangka bahawa bahasa minoriti berkenaan ketandusan kosa kata, tatabahasa atau kepentingan.
 
Bilangan penutur dan liputan geografi loghat itu agak sukar ditentukan, lebih-lebih lagi loghat itu boleh terbahagi lagi kepada loghat-loghat kecil. Loghat itu adalah sistem perhubungan penuh (baik lisan mahupun [[Bahasa isyarat|berisyarat]], tetapi tidak semestinya bertulis) yang dilengkapkan lagi [[perbendaharaan kata]] dan [[tatabahasa]] sendiri.
 
Loghat yang dikaitkan dengan [[darjat sosial]] tertentu dipanggil ''[[sosiolek]]''. Kelainan-kelainan bahasa yang lain termasuk: [[bahasa baku]] yang diselaraskan untuk tujuan perhubungan umum (contohnya, tulisan piawai); [[jargon]] yang dicirikan melalui perbezaan dalam [[leksikon]] ([[perbendaharaan kata]]); [[slanga]]; [[patois]]; [[pijin]] ataupun [[bahasa sulit]]. Corak pertuturan tertentu yang dipakai oleh seseorang individu sahaja dipanggil [[idiolek]].
Baris 9:
Sesuatu loghat itu boleh dibezakan melalui kosa kata, tatabahasa, dan sebutannya ([[fonologi]], termasuk [[prosodi (linguistik)|prosodi]]). Jika hanya terdapat perbezaan pada sebutannya, maka harus digunakan istilah ''[[pelat]]'' atau ''telor'', bukan ''dialek'' atau ''bahasa daerah'' (tetapi istilah ''loghat'' adalah tepat bagi kedua-dua erti ini).
 
== Loghat baku dan bukan baku ==
'''Loghat baku''' (atau "[[bahasa baku]]") adalah loghat yang didukung secara keinstitusian, iaitu termasuklah pengiktirafan atau ketetapan kerajaan; penyampaianny selaku bentuk bahasa yang "tepat" di sekolah; penerbitan tatabahasa, kamus, dan buku pembelajaran yang mengemukakan bentuk lisan dan bertulis yang "tepat"; dan kesusasteraan formal berlarutan yang menggunakan loghat itu (prosa, puisi, bukan cereka, dan sebagainya). Adanya juga berbilang loghat baku yang dihubungkan dengan satu bahasa itu. [[Bahasa Malaysia]] dan [[Bahasa Indonesia]] boleh dikatakan sebagai bentuk loghat baku [[bahasa Melayu]], begitu juga [[Bahasa Inggeris Amerika]] Baku, [[Bahasa Inggeris British]] Baku, [[Bahasa Inggeris India]] Baku, [[Bahasa Inggeris Australia]] Baku, dan [[Bahasa Inggeris Filipina]] Baku kesemuanya bergelar [[bahasa Inggeris]] yang baku.
 
Baris 29:
Ahli bahasa moden tahu bahawa [[Darjat sosial|taraf]] sesuatu bahasa itu bukan sahaja ditentukan oleh kriteria linguistik, malah juga merupakan hasil perkembangan sejarah dan politik. [[Bahasa Romansh]] ada bahasa bertulisnya, maka diiktiraf sebagai bahasa, biarpun agak serupa bunyinya dengan loghat-loghat Alp Lombard. Lain pula dengan [[bahasa Cina]], yang bentuk-bentuk kelainannya termasuk [[bahasa Mandarin]] dan [[bahasa Kantonis|Kantonis]] sering dianggap sebagai dialek dan bukan bahasa sungguhpun saling tidak boleh difahami semata-mata kerana semuanya berkongsi piawaian penulisan dan badan kesusasteraan.
 
== Rujukan ==
<references/>
 
== Pautan luar ==
* [http://www.terralingua.org/Definitions/DLangDialect.html Language or dialect?] (Terralingua)
* [http://www.ericdigests.org/pre-9215/arts.htm Incorporating Dialect Study into the Language Arts Class]
* [http://www.bl.uk/soundsfamiliar Sounds Familiar?] &mdash; Listen to regional accents and dialects of the UK on the British Library's 'Sounds Familiar' website
* [http://web.ku.edu/idea/ International Dialects of English Archive Since 1997]
* [http://www.ericdigests.org/1997-4/dialects.htm Vernacular Dialects in U.S. Schools]
* [http://www.theverybestofstuff.de/contents/dialectology.html Fishermen's Dialect on the South-East Coast of Scotland.]
* [http://www.sedgleymanor.com/dictionaries/dialect.html Black Country Dialect of Central England] &mdash; The dialect of the Black Country area remains perhaps one of the last examples of early English still spoken today.
* [http://www.dialectometry.com/dmdocs/englisch_fr.html Dialectometry.com]
* [http://www.whoohoo.co.uk whoohoo.co.uk British Dialect Translator]
Baris 109:
[[pl:Dialekt]]
[[pt:Dialeto]]
[[ksh:Dijalägk]]
[[ro:Dialect]]
[[ru:Диалект]]