Silat Gayongman Gerak Satu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kenta (bincang | sumb.)
Baris 1:
==Asal Usul & Sejarah==
 
Silat ini bersumber kepada Syed Sagaf bin Syed Abdul Rahman seorang yang terkenal dalam bidang keagamaan berasal dari [[Kampung Paloh]], [[Terengganu]]. Silat ini telah diajar kepada anak saudaranya bernama Syed Hussein.
 
Silat ini kemudiannya telah dibawa ke [[Kelantan]] oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Hussein yang berasal dari Wakaf Berangan, [[Pasir Putih]], Kelantan. Haji Abdul Rahman yang dikatakan pernah belajar agama selama 30 tahun di [[Mekah]] telah mempelajari silat tersebut dari Syed Sagaf dan Syed Hussein.
 
Antara anak murid Haji Abdul Rahman adalah Abdul Talib bin Awang Hamat. Beliau mula mempelajari silat ini semasa pemerintahan Jepun iaitu pada tahun 1944. Selepas itu, Abdul Talib telah mendalami silat ini di Kampung Paloh, Terengganu selama lima tahun. Setelah Haji Abdul Rahman kembali ke rahmatullah, Abdul Talib telah mewarisi dan mengembangkan silat ini di Kelantan.