Hutan hujan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[File:Amazonian rainforest.JPG|thumb|alt=The Amazon Rainforest|Kanopi-kanopi Hutan Hujan Amazon.]]
 
'''Hutan hujan''' adalah hutan yang banyak menerima hujan selalunya antara 1,750-2,000 mm setahun. Hutan ini adalah rumah kepada banyak tumbuhan dan haiwan. Salah satu hutan hujan terkenal adalah [[Hutan Amazon|Hutan hujan Amazon]] yang berada di [[Brazil]], [[Ecuador]], [[Colombia]], [[Chile]] dan negara-negara lain.
 
Sebanyak 40% hingga 75% spesies di habitat dunia adalah spesies asal hutan hujan. Dianggarkan terdapat berjuta-juta spesies tumbuhan, serangga, dan mikroorganisme yang masih belum dijumpai. [[Hutan tropika|Hutan hujan tropika]] disebut sebagai "permata bumi", dan "farmasi terbesar dunia", kerana lebih dari satu perempat daripada ubat-ubatan semulajadi telah ditemui di sana. Hutan hujan juga bertanggungjawab mengitar 28% oksigen dunia yang diproses melalui [[fotosintesis]] daripada [[karbon dioksida]] dan menyimpannya sebagai [[karbon]].