Hati Bukan Kristal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Zct823 (bincang | sumb.)
Baris 38:
 
 
1. [[Ridzuan Hashim | Ridzuwan Hashim]] sebagai <b>Razief</b> (Pelakon Utama):
Wartawan jenayah di Syarikat Akhbar Nasional. Sering dilihat memandang rendah pada Nina, tetapi akhirnya beliau jatuh cinta padanya. Pada masa yang sama, beliau berpura-pura menyukai Michelle demi memenuhi kehendak kerjayanya tetapi akhirnya Michelle menemui niat sebenar beliau setelah Michelle berkunjung ke rumahnya.
 
2. [[Erma Fatima]] sebagai <b>Michelle</b> (Pelakon Utama):
Seorang pelacur kelas atasan. Hidupnya dihabiskan untuk memuaskan nafsu lelaki dan berfoya-foya di kelab disko. Atas kerana masalah peribadi serta diabaikan oleh ibubapanya semasa kecil, menyebabkan dia menjadi sebegitu. Seorang perokok tegar dan mempunyai ramai lelaki, termasuk seorang <i> sugar daddy </i> yang kaya.
 
3. [[Julia Rais]] sebagai <b>Nina</b> (Pelakon Pembantu):
Wartawan wanita di Syarikat Ahbar Nasional, sebaya dengan Michelle yang juga rakannya. Atas komited dalam memperjuangkan suara dan hak wanita, beliau menarik perhatian Cik Ida. Seorang yang cekal dan berkarisma dalam kerjayanya, tetapi berbunga perasaan cintanya pada Razief walaupun Razief selalu menyakiti hati Nina.
 
4. [[Adibah Amin]] sebagai <b>Cik Ida</b> (Pelakon Tambahan):
Beliau adalah seorang ketua editor di Syarikat Akhbar Harian Nasional. Walaupun beliau sering dilihat seorang yang tegas dan sentiasa pemarah, tetapi ketegasannya membuatkan para pekerjanya lebih berdisiplin dan kadang-kala mempunyai sifat seorang yang penyayang.
 
5. [[Zaiton Sameon]] sebagai <b>Cik Som</b> (Pelakon Tambahan):
Seorang yang berusia pertengahan 30-an dan masih belum berkahwin. Beliau adalah sebagai penjawab soalan-soalan para peminat untuk salah satu ruangan akhbar di Syarikat Akhbar Harian Nasional. Pada mulanya beliau dilihat seorang yang kurang bersosial, lurus dan suka diusik oleh rakan-rakan sekerjanya, tetapi atas kerana terikut dengan gaya hidup Nina, akhirnya beliau mempunyai keyakinan diri untuk bersosial. Beliau adalah kekasih Zain.
 
6. [[Dato']] [[Shah Rezza]] sebagai <b>Zain</b> (Pelakon Tambahan):
Salah seorang wartawan di Syarikat Akhbar Harian Nasional. Beliau sering dilihat berdamping dengan Cik Som, serta bergurau senda dengannya. Oleh kerana itu beliau akhirnya terpikat dengan Cik Som.
 
7. [[Imuda]] sebagai <b>Azmi</b> (Pelakon Tambahan):
Ditemukan di sebuah kelab disko, beliau adalah seorang yang dilihat merekrut para wanita yang cantik untuk memasuki ke dunia lakonan, tetapi perkara sebenarnya hanya diketahui oleh Razief. Perkenalan beliau dengan Nina tidak disenangi Razief yang bertindak menarik Nina untuk keluar dari perangkap beliau.
 
8. [[A. Rahim]] (Allahyarham) sebagai <b>kekasih Michelle</b> (Pelakon Tambahan):
Seorang yang bergelar Datuk dan mempunyai seorang isteri. Beliau adalah seorang kekasih Michelle dan sentiasa mengharapkan Michelle untuk sentiasa bersama dengannya. Pada akhirnya, beliau bergelut dengan Michelle yang berkeadaan mabuk dan menjadi salah seorang penyebab kematian Michelle selain daripada kesan dadah dan alkohol berlebihan.
 
==Kru Filem==