Parti Islam Se-Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menj~mswiki (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Menj~mswiki (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:Lambang_Pas.jpg]]
 
'''Parti Islam Se-Malaysia''' (juga '''PAS''') adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh [[Presiden]] parti, [[Datuk Seri]] Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS mengimbangi ideologi sekular [[UMNO]] sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada lslam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi lslam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, [[Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin|Sheikh Tahir Jalaluddin]] dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di [[Singapura]], [[Melaka]] dan [[Pulau Pinang]], PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat [[Melayu]] (pada waktu itu) untuk melihat [[lslam]] dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.
 
===Sejarah Penubuhan PAS===
 
MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 ([[Warta Negara]], 26 November 1951 dan [[Utusan Melayu]] 25 November 1951).