Nam Ron: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Namron69 (bincang | sumb.)
menambah detail kerja-kerja dalam teater
Gnak (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 24:
==Zaman Pengajian ==
 
Pada tahun 1994, beliau sekali lagi terpaksa meninggalkan SEBATU kumpulan yang beliau asaskan sendiri kerana melanjutkan pengajian di dalam teater di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang ini lebih dikenali sebagai [[ASWARA]] . Beliau sudahpun berusia 25 tahun ketika menjejak kaki ke [[ASWARA|ASK]]. Ketika di ASK beliau rapat dengan pensyarahnya yang juga merupakan Ketua Jabatan Teater di ASK iaitu [[:zh:克里申吉|Krishen Jit]]. Datuk Krishen Jit yang juga merupakan seorang pengarah teater bahasa inggeris dan salah seorang pengasas Five Arts Center[http://www.fiveartscentre.org/about.php] secara tidak langsung menjadi mentor kepada Nam Ron. Sepanjang tempoh pengajian di ASK, beliau menumpukan kepada kerja-kerja pengarahan, di antara teater-teater yang ditulis dan diarahkan olehnya adalah Main-Main Bersama Teater (1994), Kerana Anna (1995) dan Percakapan Seorang Aku (1995). Ketiga-tiga pementasan itu diadakan di kawasan kampus ASK dan penontonnya terdiri dari penuntut dan kakitangan ASK serta penonton dari luar yang terdiri dari pengemar teater. Kejayaan ketiga-tiga pementasan tersebut membuatkan beliau terus menghasilkan siri pementasannya. Pada tahun 1996 secara tidak rasmi Nam Ron telah menubuhkan kumpulan teaternya yang diberi nama Alternative Stage. Melalui Alternative Stage, beliau telah mementaskan sebuah skrip karya Dinsman berjudul Di Pulau Sa dan Di[http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=879&IID=], di ASK. Pementasan teater tersebut kemudiannya dijadikan teater keliling apabila dipentaskan di Kuching, Sri Aman, Sarikei dan Mukah di Sarawak. Dan, penamatnya diadakan di British Council, Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, beliau telah digantung dari pengajiannya kerana tidak menyiapkan kerja krusus dan kembali semula ke ASK pada tahun berikutnya. Pada tahun 1998, melalui Alternative Stage beliau mementaskan sebuah lagi karya Dinsman iaitu Bukan Bunuh Diri dan pada tahun 1999 beliau mementaskan Look Back in Anger karya John Osborne[[http://en.wikipedia.org/wiki/John_Osborne]] sebagai projek akhir akademiknya di ASK.
 
==Pengiat Teater==