Hikayat Putera Shazlan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Along (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Khairul akmal (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
 
== Latar belakang ==
'''Hikayat Putera Shazlan''' merupakan tajuk kepada [[buku]] ajaib yang mengisahkan tentang kehidupan hairan seorang budak lelaki bernama Shazlan yang sebenar di dunia nyata. Hidup Shazlan yang sukar bersama keluarga ibu saudaranya ditemani alat-alat seperti teko emas ajaib dan sepasang gunting ajaib yang diberikan oleh buku ajaib. Tetapi, objek-objek ini tidak dapat menyelesaikan segala masalahnya. Ini kerana sebagai seorang lelaki, dia masih perlu belajar untuk mendapatkan objek berkuasa yang diberikan oleh buku ini kepadanya. Inilah pengajaran yang dipaparkan oleh setiap episod;anda bertanggungjawab besar jika anda mempunyai kuasa yang hebat. Walau bagaimanapun, selepas peristiwa Shazlan terjatuh ke dalam perigi, buku ajaib itu telah menghasilkan personaliti kedua di mana setiap objek yang dikeluarkan oleh buku itu turut mempunyai kesan sampingan.
 
== Watak dan perwatakan ==
* '''Shazlan''' seorang anak yatim piatu yang berasal dari sebuah kampung telah dihantar ke kota untuk tinggal bersama ibu saudaranya yang garang. Shazlan sering dilayan buruk oleh keluarga ibu saudaranya.
* '''Mak Som''' adalah ibu saudara Shazlan. Seorang yang berhati busuk dan tidak mempunyai cita rasa dalam berfesyen walaupun mempunyai salun sendiri. Dia cuba sedaya upaya untuk bergaya tetapi seringkali tidak cantik dipandang.
* '''Pak Tam''' adalah suami kepada Mak Som.Seorang yang pemalas dan tidak kisah dengan pemakaiannya. Seorang yang cuai dan mempunyai personaliti yang berbeza dengan Mak Som.
* '''Fasha''' adalah anak kepada Mak Som dan Pak Tam. Seorang yang manja, tidak bertimbang rasa dan penuh dengan kerenah. Dia sukakan artis seperti Paris Hilton dan Britney Spears dan sering meniru gaya mereka.
* '''Satiya''' merupakan sahabat Shazlan yang suka makan dan akan ambil peluang untuk makan di mana-mana saja asalkan ada makanan di kocek pakaiannya. Seorang yang ceria dan suka warna-warna cerah.
* '''Lydia''' adalah seorang yang agak 'tomboy' dan selalu bermain dan berbual bersama budak lelaki. Dia juga mempunyai ikatan persahabatan dengan Shazlan. Personalitinya sangat berlawanan dengan Fasha.
* '''Aaron''' merupakan anak orang paling kaya di sekitar kawasan perumahan mereka. Seorang yang sangka dirinya sangat 'cool' dan bergaya serta punya keyakinan diri yang tinggi.
 
=='''Jadual rancangan'''==