Tidung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
Walaupun masyarakat Melayu Tidung pernah menghuni di kawasan yang dikenali sebagai Tawau Lama ( Old Tawau ) ini namun setelah kawasan ini dimajukan oleh pihak British pada tahun '''1896''' , kebanyakan mereka telah berhijrah ke kawasan lain seperti di '''Apas''' ( di sebelah timur Tawau ) dan '''Merotai''' ( di sebelah utara Tawau ). Sehingga kini, mereka masih lagi menjadi penduduk asal dan pemilik tanah di sana. Manakala tidak lama selepas itu, Tawau Lama juga telah ditinggalkan dan Pekan Tawau yang baru telah diwujudkan di sebuah kawasan lain yang dikenali sebagai ''''Tanjung''''. Lokasi bandar Tawau ini kekal hingga ke hari ini dan kawasan ini juga dikenali sebagai Dewan Undangan Sri Tanjung.
 
Hari ini, masyarakat Tidung di kawasan sekitar bandar Tawau telah wujud sebagai '''Masyarakat Melayu''' kerana hasil perkahwinan dengan masyarakat Melayu lain seperti Jawa, Suluk, Banjar, Arab, Iban Muslim dan sebagainya sejak sekian lama. Mereka mengamalkan budaya Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Melayu. Melainkan di kawasan Kalabakan dan Sebatik ( termasuk juga Inderasabah dan Membalua ), masih ramai lagi masyarakat Tidung yang kekal wujud sebagai bangsa Tidung kerana masyarakat di daerah ini agak kurang mengamalkan perkahwinan campur dengan masyarakat lain kerana faktor kedudukan yang agak terpisah dengan masyarakat Melayu lain. Mereka kekal mengamalkan adat dan budaya Tidung asli hingga ke hari ini.
 
==Penempatan Masyarakat Tidung==