Perbezaan antara semakan "Kaiju"

1 bait dibuang ,  9 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
(Mencipta laman baru dengan kandungan 'thumb|Daikaiju (Raksasa gergasi) [[Godzilla dari filem 1954 ''Godzilla'', salah satu filem Jepun ya...')
 
k
 
==Konsep==
Kaiju biasanya direka berasaskan haiwan, serangga ataupun makhluk motosmitos biasa; walau bagaimanapun, terdapat juga contoh yang lebih eksotik. ''[[Choujin Sentai Jetman]]'' menampilkan raksasa berasaskan [[lampu isyarat]], pili air serta [[tomato]];<ref>{{cite web |title=Most of the Monsters of Jetman |url=http://www.fortunecity.com/tatooine/halojones/75/jetman/monster.html }}</ref> ''[[Kamen Rider Super-1]]'' turut menampilkan segerombolan raksasa yang berasaskan objek peralatan rumah seperti [[payung]] dan [[tangga]].<ref>{{cite web |title=Kamen Rider Super-1 |work=Igadevil.com |url=http://igadevil.com/KamenRiders/kamenridersuper1.html }}</ref>
 
Sementara istilah ''kaiju'' biasanya merujuk khusus kepada raksasa dalam siri tokusatsu serta cerita dongeng Jepun, makhluk-makhluk seperti [[pontianak]], [[serigala jadian]], [[raksasa Frankenstein]], [[mumia]] dan [[jerangkung]] turut dikategorikan sebagai kaiju. Malah, raksasa Frankenstein pernah ditampilkan sebagai daikaiju dalam filem ''[[Frankenstein Conquers the World]]'', keluaran [[Toho]].
 
Kaiju juga ada kalanya ditakrifkan sebagai mewakili kuasa jahat. Sesetengah kaiju merupakan pahlawan elit yang berkhidmat sebagai orang kanan kepada musuh utama dan dimusnahkan oleh watak [[adiwira]]. Selebihnya pula tidak berpihak kepada mana-mana dan hanya sekadar memusnahkan bangunan serta struktur lain. Semasa era terawal tokusatsu, raksasa "wira" jarang kelihatan dalam filem-filem Daikaiju Eiga, sehinggalah suatu masa kemudian semasa syarikat penerbitan tokusatsu televisyen mula menggunakan kaiju sebagai pembantu wira, menyelamatkan orang awam,, serta menunjukkan beberapa jenis personaliti kompleks. Watak kaiju sedemikian mempunyai tingkah laku yang sama seperti raksasa klasik, serrta muncul sebagai "makhluk yang disalah erti". Sesetengah kaiju turut melepak bersama-sama wira serta menampilkan kesan komedi, bertentangan dengan pendekatan lebih gelap kepada watak tersebut dari siri francais yang lebih matang, seperti [[Siri Kamen Rider]]. Godzilla, dikatakan sebagai Daikaiju paling terkenal, sudah berlakon watak wira, penjahat, serta kuasa alam sepanjang kewujudannya, menjadikannya salah satu daripada sebilangan kecil kaiju yang ditampilkan dalam pelbagai peranan serta menunjukkan reaksi dalam pelbagai cara berbeza, bergantung kepada bagaimana makhluk tersebut dipersembahkan di dalam filem.
 
==Cohtoh kaiju==
5,845

suntingan