Jahiliah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Toknujum (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25:
 
==Ekonomi==
Keadaan ekonomi masyarakat Arab di selatan Semenanjung Arab menjadi tidak stabil selepas runtuhnya empangan Ma’arib di Yaman. Kebanyakan mereka yang menetap di sana berpindah ke utara Semenanjung Arab untuk mencari sumber ekomoni yang baru. Keadaaan sebelah utara Semenanjung Tanah Arab yang diliputi dengan padang pasir sesuai untuk berdagang. Walau bagaimanapupnbagaimanapun, perdagangan yang dijalankan tidak menguntungkan kerana terdapat banyak pergolakan politik, ancaman dan tekanan pihak Parsi dan Rom serta kabilah-kabilah Arab lain. Peperangan al-Fijar adalah antara yang memberi kesan kepada ketidakstabilan politik, menyebabkan pedagang dari Hirah diserang dan berlakunya peperangan.
 
Akibat dari kekurangan sumber pertanian berikutan pecahnya empangan Ma’arib, Kerajaan Himyar pada ketika itu cuba mendapatkan sumber ekonomi baru melalui penaklukan. Pada peringkat awal penaklukan mereka berjaya memperolehi hasil yang banyak. Tetapi pada tahun 300 Masihi, tekanan dari luar dan penduduk tempatan telah mengurangkannya. Pada tahun 534 Masihi, kerajaan Himyah telah kalah kepada tentera Habsyah dan tentera Parsi.