Silat Sendeng Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kenta (bincang | sumb.)
Kenta (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Seni Silat Sendeng Malaysia''' atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar telah diasaskan oleh Allahyarham [[Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah]] di [[Sungai Mati]], [[Muar]], [[Johor]]. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau serta guru-gurunya yang lain yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan serta kerohanian mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.
 
Perguruan ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaitu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga jenis aliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3 bulan, Sendeng dan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti aliran persilatan yang asal tanpa mengubah atau mencampur aduk permainan.