Pemberontakan Disembris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
new
 
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
+
Baris 1:
'''Pemberontakan DecemberistDecembrist''' ataupun '''Kebangkitan Decembrist''' ({{lang-ru|Восстание декабристов}}) merupakan satu percubaan rampasan kuasa di [[Empayar Rusia]] yang disertai lebih kurang 3,000 askar Rusia pada Disember 14, 1825. Pemberontak-pemberontak dikenali sebagai '''Decemberist''' (Dekabristy, Russian: Декабристы) kerana peristiwa ini berlaku semasa bulan Disember. Percubaan rampasan kuasa ini berlaku di [[Senate Square]], bandar [[St. Petersburg]]. Pada tahun 1925, Senate Square dinamakan Decembrist Square (Ploshchad' Dekabristov, Russian: Площадь Декабристов) bagi memperingati ulangtahun ke-100 pemberontakan.
 
==Masyarakat Decembrist==
 
Para ahli sejarah bersetuju yang gerakan Decembrist dilahirkan di zaman pemerintahan [[Alexander I dari Rusia|Alexander I]] di Rusia.
 
Dari penghujung abad ke-17 dan awal abad ke-18, pembesar-pembesar Rusia mula terdedah kepada pergerakan pemikiran [[Eropah Barat]] seperti [[liberalisme]]. Semasa persahabatan di antara Alexander I dengan Napolean dari Perancis, liberalisme sangat digalakkan di kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Ini mewujudkan satu sangkaan yang kemudiannya dimusnahkan apabila Rusia bermusuhan dengan Perancis.
 
[[Kategori:Sejarah]]