Kubah al-Sakhrah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zscout370 (bincang | sumb.)
→‎Penaklukan Baitulmuqaddis: Dome of the rock 1910.jpg
Zscout370 (bincang | sumb.)
http://commons.wikimedia.org/wiki/Dome_of_the_Rock
Baris 11:
 
=== Israk Mikraj ===
[[Fail:Qubbat-As-Sakhrah-dari jauh.jpg|250px|right|thumb|Qubbat As-Sakhrah dari jauh.]]
Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun [[620]] masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di [[Masjidil Haram]], [[Makkah]]. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah. [[Malaikat]] [[Jibril]] datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung [[Masjidil Haram]]. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama [[Al Buraq]]. Rasulullah kemudiannya menaiki [[Al Buraq]] yang kemudian membawa baginda ke [[Masjidil Aqsa]] di [[Baitulmuqaddis]] dalam sekelip mata.
 
Baris 27 ⟶ 26:
 
== Pembinaan ==
[[Fail:Qubbat-Pemandangan-Udara.jpg|250px|right|thumb|Pemandangan udara Qubbat As-Sakhrah.]]
Dalam tahun [[630]], beberapa tahun sebelum Qubbat As-Sakhrah dibina, [[Saidina Umar Al-Khatab|Umar ibn al-Khattāb]] dibantu oleh Kaab al-Ahbar dan orang Islam yang lain memulihkan batu-batu asas dan menggali ia keluar daripada debu dan membersihkan kawasan yang telah ditinggalkan untuk beratus tahun sejak dimusnahkan oleh tentera [[Empayar Rom|Rom]]. Ibn Asakir<ref>Ibn Asakir, Tarikh Madinat Dimashq 1, ms. 176.</ref> menyatakan yang [[Saidina Umar Al-Khatab]] tidak pernah membina apa-apa rumah ibadat untuk orang Islam bersembahyang tetapi memilih untuk mendirikan sbuah [[masjid]] di kawasan selatan [[Al Haram Al Sharif]]. Saidina Umar berbuat demikian bagi menjelaskan bahawa [[kiblat]] terletak di bahagian selatan, ke arah [[Kaabah]] di [[Mekah]] dan bahawa orang Islam tidak pernah berbalah dalam menentukan arah kiblat. Kawasan batu asas kekal tidak terbongkar sehinggalah masa khalifah [[Abdul Malik bin Marwan]] yang memulakan pembinaan dalam tahun [[685]], menyiapkannya dalam tahun [[691]]. Sarjana Islam al-Wasiti melaporkan kejadian ini:
 
Baris 38 ⟶ 36:
 
== Kekeliruan mengenai Qubbat As-Sakhrah ==
[[Fail:Solat-Enver Pasha and Jamal (Cemal) Pasha visiting the Dome of the Rock.jpg|200px|right|thumb|Jemaah wanita bersolat di Qubbat As-Sakhrah.]]
Qubbat As-Sakhrah seringkali dianggap sebagai [[Masjid Umar]] yakni tempat [[Saidina Umar Al-Khatab]] bersembahyang ketika ditawarkan bersembahyang di gereja besar Kristian. Anggapan ini salah kerana Qubbat Al-Sakhrah dan [[Masjid Umar]] ialah dua bangunan yang berbeza.