Cik Menyelara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
[[Sultan Ahmad Tajudin]] membenarkan Niarang berkahwin dengan [[Raja Muda]] sebagai isteri ke- 6. Dalam Islam, seseorang lelaki hanya dibenarkan berkahwin empat serentak sahaja.
 
Sultan Abdul Hamid telah menyerahkan banyak harta kepada Cik Menyelara. Antaranya ialah harta yang dirampas daripada [[Tengku Kudin]] ( [[Tengku Ziauddin]]) seorang kerabat diraja Kedah yang menjadi menantu [[Sultan Selangor]] dan terlibat dalam konflik di [[Perang Kelang]] pada tahun 1860-an.
 
Sultan Abdul Hamid menyerahkan kepada Cik Menyelara sebuah rumah tiga tingkat berbentuk [[pagoda]] yang dinamakan [[Istana Tiga Tangga]]. Istana ini telah dibina oleh seorang tukang Cina, 90 tahun sebelum Cik Menyelara mendudukinya.