Buka menu utama

Perubahan

15 bait ditambah ,  8 tahun lalu
Giza pyramid complex (map).svg
Jika dibandingkan dengan ''[[Empire State Building]]'' di [[New York]], piramid ini 30 kali ganda lebih besar malah boleh dilihat dari [[bulan]] tetapi masyarakat [[Mesir purba]] telah membinanya sendiri dalam waktu 30 tahun. Terdapat banyak pendapat tentang kaedah memindahkan batuan dan menyusunnya menjadi ke atas untuk piramid yang tinggi (ada pakar mengatakan mereka membuat struktur lereng atau ulir seperti pada skru yang kemudian dikapur dengan batu kapur pada lapisan luar. Ada juga yang menyatakan bahawa batu-batu tersebut adalah hasil [[tuangan]]), pembinaan yang tepat serta [[pusat jisim]]nya. Pendapat yang pelbagai muncul hingga timbul pendapat yang mengatakan bahawa Piramid dibina oleh [[UFO]] dengan mengkaitkannya dengan gambaran ''piramid'' di [[Marikh]]. Ada lagi yang berspekulasi bahawa piramid dibina oleh manusia zaman akan datang yang terdampar di masa dahulu. Didapati juga piramid berhubungan dengan buruj [[Orion]] ditinjau dari piramid Giza dan [[Piramid Maya]] turut diyakini mempunyai kedudukan yang sama berdasarkan buruj Orion. Selain itu, dipercayai juga terdapatnya ruang di bawah [[Sphinx]] (yang dinamakan ''Hall off Records'') yang merupakan kunci rahsia menuju ''[[Zep Tepi]]'' iaitu suatu zaman keemasan masa dahulu ketika Piramid Giza ini dibina.
 
[[Fail:Giza-orion2 pyramid complex (map).jpgsvg|right|thumb|Piramid Giza]]
 
Menurut penelitian dari para cendekiawan dan ahli [[arkeologi]], bahan asal pembuatan piramid diambil dari beberapa tempat. Contohnya, [[batu kapur]] dari [[Tura]], [[granit]] dari [[Aswan]], [[tembaga]] dari [[Sinai]] dan [[kayu]] untuk peti dari [[Lubnan]] yang kesemuanya diangkut melalui [[Sungai Nil]]. Kemudian buruh-buruh pekerja secara puratanya meningal pada usia muda antara 30 tahun kerana mengalami kecederaan [[tulang belakang]] disebabkan membawa beban yang sangat berat. Kebelakangan dekad ini, para pengkaji turut menemui kaedah dan peralatan pertolongan cemas bagi buruh yang cedera di tapak sekitar komplek ini.
6,774

suntingan