Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 36:
Setelah melihat kesan buruk dalam keputusan pilihan raya majlis daerah itu, akibat perpecahan yang disebabkan oleh kewujudan dua buah parti politik tersebut, para pemimpin UNKO dan PASOK MOMOGUN berusaha untuk bergabung pada akhir tahun [[1964]]. UPKO ditubuhkan pada tahun [[1964]] untuk menghadapi [[Pilihan Raya Umum Negeri Sabah 1967|Pilihan Raya Umum Negeri Sabah]] yang pertama pada April [[1967]]. Walau bagaimanapun, UPKO ditewaskan dalam pilihan raya tersebut, dan di atas nama perpaduan [[bumiputera]] yang lebih luas, UPKO dibubarkan pada Disember dalam tahun yang sama. Akibatnya, kaum KDM tiada pilihan selain daripada menyertai pelbagai parti politik yang lain di [[Sabah]].
 
Impian kaum KDM untuk memimpin pembangunan negeri Sabah seakan-akan terserlah berikutan kejayaan dua buah parti politik berbilang kaum, iaitu [[Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah]] (BERJAYA) dan [[Parti Bersatu Sabah]] (PBS), antara tahun [[1976]] hingga [[1994]]. Mungkin antara saat-saat yang paling manis dalam perjuangan politik kaum KDM ialah semasa PBS melahirkan [[Ketua Menteri Sabah]] daripada suku bangsa mereka selama dua penggal, iaitu dari tahun [[1985]] hingga tahun [[1994]].
 
===Penubuhan PDS (1994)===