Long Tanid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Balan Berauk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Balan Berauk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''SEJARAH PENEMPATAN KAMPUNG'''
 
Nama kampung Long Tanid ini diambil sempena dengan sebatang anak sungai yang mengalir dari puncak Gunung Buduk Balud ke Sungai Trusan yang berdekatan dengan hilir tapak lapangan kapal terbang di [[Long Semadoh]].
 
Penempatan awal tapak asal atau asli kampung Long Tanid ialah di 'Ruma Tican Nanud' yang bermaksud 'Rumah yang ditinggalkan kerana banjir'. Penduduk pertama kampung Long Tanid semasa di 'Ruma Tican Nanud' ialah : Ganang Liau, Ukab Liau, Baru liun, Achang Balang, Langub Pengiran, Pur Tuie, Sakai Luun dan Sigar Lalung. Oleh kerana kampung mereka selalu banjir maka mereka pun berpindah ke 'Pun Apir', iaitu berdekatan dengan jambatan gantung yang menyeberangi sungai Trusan menghala ke lapangan padang kapal terbang.
Baris 15:
Nama-nama inilah yang telah memulakan penempatan tapak kampung dan terlibat dalam sejarah penempatan tapak asal kampung Long Tanid yang ada sekarang ini. Jasa mereka ini akan dikenang oleh seluruh warga kampung Long Tanid.
 
Ketua Kampung Long Tanid yang pertama ialah Ganang Liau yang juga merangkap Penghulu bagi seluruh kawasan [[Trusan]] Ulu. Beliau diganti oleh Baru Liun dan timbalannya pada masa itu ialah Sakai Ukab. Selepas Baru Liun bersara, Padan Ukab pula menjadi ketua kampung sehingga kesaat ini.
 
'''SEJARAH GEREJA'''
 
Sejarah Gereja [[Sidang Injil Borneo]] (SIB) bermula pada bulan oktober 1928, dimana 3 mubaligh Kristen warga Australia telah mula belayar ke kepulauan Borneo dan sampai sebulan kemudian, serta mulakan pelayanan [[Borneo Evangelical Mission]] (BEM). Mereka ini adalah; Hudson Southwell (Pndeta Padan @ Tuan Tapu), Frank Davidson (Tuan Lisin) dan Carey Tolly.
 
Bagi masyarakat Lun Bawang pula, Alan Beltcher (Pendeta Meripa) dan Madge Hill (Pendeta Ganit) juga warga Australia amat popular kerana telah menetap bersama masyarakat Lun Bawang di Kampung Long Semadoh A, serta telah menterjemah Alkitab ke bahasa Lun Bawang (Alkitab Bala Luk Do).