Huguenot: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
== Sejarah Protestan di Perancis ==
Sejarah Huguenots berkait rapat dengan perkembangan agama Protestan di benua Eropah. Apabila [[Martin Luther]] memperkenalkan ajaran [[Protestan]] di [[Jerman]] pada [[1517]], ia mendapat sambutan yang agak baik daripada rakyat Perancis. Malangnya, gereja [[Katolik]] telah bertndak pantas untuk membendung penularan ajaran tersebut. Pada 1523, buat pertama kalinya seorang Protestan telah dikenakan hukuman mati iaitu dibakar di atas [[salib]] kerana keluar dari agama Katolik.
Sejarah Huguenots berkait rapat dengan perkembangan agama Protestan di benua Eropah.
 
Undang-undang ketat ini telah berjaya membendung ramai rakyat Perancis dari menukar ke agama Protestan secara besar-besaran. Oleh itu sehingga 1550an, hanya 10 peratus rakyatnya telah menganut agama Protestan. Walaupun begitu, ini tidak mematah semangat mereka. Pada 1559, suatu synod Huguenots yang mewakili 15 [[gereja]] Protestan telah berkumpul di [[Paris]] untuk menubuhkan sebuah organisasi kebangsaan. Hasilnya, ajaran Protestan telah berkembang dengan pesat sekali dan dalam masa 2 tahun terdapat 2000 gereja Protestan diseluruh [[Perancis]].