Perbezaan antara semakan "Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua"

Ke arah mengembangkan ilmu dalam bahasa Melayu
(Ke arah mengembangkan ilmu dalam bahasa Melayu)
 
Pada permulaan [[Operasi Barbarossa]] Jeman, kebanyakan pasukan kereta kebal Soviet Union terdiri daripada siri [[kereta kebal T-26]] dan BT. Beberapa kereta kebal T-40 muncul, bersama sekitar 1,363 [[kereta kebal T-34]] awal yang tidak boleh diharapkan, dan 677 kereta kebal KV-1 dan kereta kebal KV-2. Banyak kereta kebal T-34 awal telah ditawan atau dimusnahkan. Kebanyakan dari kegagalan awal ini disebabkan oleh ketiadaan penyelarasan dan krew kereta kebal yang tidak terlatih, dan ketidak siagaan Tentera Merah secara umumnya. Satu lagi kesukaran kereta kebal T-34 adalah ia hanya memiliki empat orang krew, dengan komander kereta kebal mengganda sebagai jurutembak. Sungguhpun tidak perlu bertugas sebagai pengisi, sebagaimana dilakukan oleh komander kereta kebal Perancis, ia masih melumpuhkan keupayaan komander kereta kebal untuk mengekalkan kesedaran medan tempur ketika menembak meriam utama kereta kebal, memberikan kelebihan taktikal kepada kenderaan berperisai Jerman.
 
Pada tahun 1941 sejumlah besar T-60 muncul, ditambah pada tahun 1942 dengan [[kereta kebal T-70]] yang serupa. Kedua-dua kereta kebal ringan memiliki gantungan palang-torsion, perisai lebih ringan, dan enjin lori kecil. Pembinaan mudah mereka membolehkan mereka kekal dihasilkan sungguhpun nilai tempur mereka terhad. kereta kebal T-60 hanya memiliki meriam 20 mm sementara kereta kebal T-70 memiliki meriam 45 mm. Bagaimanapun, kedua-duanya memiliki turet seorang, menjadikannya sukar dikendalikan. Kereta kebal T-70 membentuk asas kepada meriam gerak sendiri [[SU-76]] kemudiannya dalam perperangan.
 
== Lihat Juga ==
245,304

suntingan