Budaya: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k bot menambah: mzn:Fərəng / فرئنگ |
|||
Baris 2:
== Pengertian ==
Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan [[masyarakat]].
Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, [[Agama|keagamaan]] selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, [[Adat|adat resam]] dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam [[Nusantara]], iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya [[seni]], [[rasa]] dan penciptaan di dalam masyarakat.
|