Perbezaan antara semakan "Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua"

(Ke arah mengembangkan ilmu dalam bahasa Melayu)
 
Pada tahun 1941 sejumlah besar T-60 muncul, ditambah pada tahun 1942 dengan [[kereta kebal T-70]] yang serupa. Kedua-dua kereta kebal ringan memiliki gantungan palang-torsion, perisai lebih ringan, dan enjin lori kecil. Pembinaan mudah mereka membolehkan mereka kekal dihasilkan sungguhpun nilai tempur mereka terhad. kereta kebal T-60 hanya memiliki meriam 20 mm sementara kereta kebal T-70 memiliki meriam 45 mm. Bagaimanapun, kedua-duanya memiliki turet seorang, menjadikannya sukar dikendalikan. Kereta kebal T-70 membentuk asas kepada meriam gerak sendiri [[SU-76]] kemudiannya dalam perperangan.
 
Kereta kebal T-34, bagaimanapun, menjadikan kesemua kereta kebal Jerman yang dihasilkan sehingga tarikh itu lapuk. Malah, pada saat kemuncaknya kereta kebal T-34 dianggap amat berjaya, dan amat berupaya dalam semua peranan, sehinggakan penghasilan kesemua kereta kebal lain kecuali kereta kebal IS-2 dihentikan bagi membenarkan kesemua sumber digunakan sepenuhnya bagi penghasilan kereta kebal ini. Kereta kebal T-34 memaksa Jerman menggunakan rekabentuk baru lebih berat seperti [[kereta kebal Panther]] dan [[kereta kebal Tiger I]], yang seterusnya memaksa peningkatan lanjut pada angkatan kereta kebal Soviet, Amerika Syarikat dan British. Kemungkinan yang jauh lebih penting lagi kepada arus perperangan adalah peralihan ke arah kereta kebal Jerman yang lebih rumit dan mahal melampaui keupayaan penghasilan kereta kebal Jerman yang telahpun tertekan secara kritikal. Hal ini telah mengurangkan jumlah kereta kebal yang dapat dibekalkan kepada pasukan Jerman dan dengan itu membantu memaksa Jerman untuk menyerahkan teraju ''initiatif'' dalam perang kepada pihak Berikat.
[[Image:Kv1e.jpg|thumb|left|Kereta kebal Kliment Voroshilov (KV-1 Model 1940)]]
[[Image:KW-2 1940.jpg|thumb|left||kereta kebal Berat KV2-E]]
 
== Lihat Juga ==
245,304

suntingan