Perbezaan antara semakan "Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua"

[[File:T28 15.jpg|thumb|left|Kereta kebal T-28 semasa pertempuran pada tahun 1941, Lihat mesingan anti-pesawat dipasang pada bahagian atas turet.]]
 
Soviet Union memulakan dan mengakhiri perang dengan jumlah kereta kebal lebih banyak berbanding keseluruhan yang dimiliki negara lain (18,000-22,000). Bagaimanapun, semasa permulaan Perang Dunia Kedua kereta kebal terbanyak dalam perkhidmatan Soviet, [[kereta kebal T-26]], menjadi sama lapuk dengan [[kereta kebal Panzer II]]. Kebanyakan kereta kebal T-26 dilengkapi dengan meriam 45 mm yang mampu merobek kebanyakan kereta kebal Jerman pada jarak tempur; hanya beberapa memiliki radio, dan reka bentuknya adalah baik secara mekanikal sungguhpun tidak mampu dikembangkan lagi. Siri [[kereta kebal BT]], diasaskan pasapada sistem gantungan Christie, biasanya dilengkapi dengan meriam 45 mm yang sama dan merupakan kereta kebal paling mudah bergerak di dunia. Versi sokongan rapat bagi kedua kereta kebal wujud, dilengkapi dengan howitzer 76.2 mm. Bagaimanapun, kereta kebal BT merupakan pada penghujung hayat reka bentuknya. [[Tentera Merah]] turut menggunakan ribuan kereta kebal peninjau ringan seperti [[kereta kebal T-37|kereta kebal afimbia T-37]] dan [[kereta kebal T-38]]. Kereta kebal memiliki nilai tempur terhad, sungguhpun mudah gerak, ia hanya dilengkapi dengan mesingan 7.62 mm dan memiliki perisai amat nipis. Tentera Merah turut memiliki sekitar 400 [[kereta kebal T-28|kereta kebal serdahana T-28]], yang dari banyak segi setanding dengan kereta kebal Pzkw-IV Jerman. Tetapi rekebentuknya bertarikh sejak tahun 1931 dan telah lapuk. Soviet Union mengakhiri tahun 1930-an dengan angkatan kereta kebal yang hampir sepenuhnya diambil dari rekabentuk asing, tetapi sebelum tahun 1941 membangunkan sebahagian dari kereta kebal penentu gaya penting dalam perperangan. Masaalah pasukan kereta kebal Soviet hadapi pada tahun 1941 bukanlah terutamanya berkait dengan rekabentuk kenderaannya, tetapi keadaan pembaik-pulih yang lemah, ketiadaan persediaan yang menyedihkan, dan keadaan pemerintah yang lemah akibat [[Penghapusan Agung]]. Tentera Merah pada tahun 1940 menerima pakai doktrin maju yang secara mudahnya tidak mampu dilaksanakan.
 
[[Image:Bt7 3.jpg|thumb|right|Perarakan kereta kebal BT-7.]]
[[Image:Kv1e.jpg|thumb|left|Kereta kebal Kliment Voroshilov (KV-1 Model 1940)]]
[[Image:KW-2 1940.jpg|thumb|left||kereta kebal Berat KV2-E]]
 
Pertengahan perang, siri kereta kebal KV mula menunjukkan kecacatannya. Meriam anti keretakebal Jerman yang lebih baik menjadikan ianya lemah, dan kelajuan rendahnya dan ketiadaan keboleh harap mekanikalnya merupakan kekurangan besar. Oleh kerana ia membawa meriam yang sama seperti kereta kebal T-34 tetapi dalam kerangka lebih mahal dan lebih perlahan, pengeluarannya dihentikan pada tahun 1943.
 
== Lihat Juga ==
245,304

suntingan