Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 147:
Kemudian ketika perang peranan kereta kebal ringan semakin diisi dari bekalan [[Sewa-Pinjam|Sewa-Pinjam ("Lend-Lease")]] kereta kebal ringan M-3 dari Amerika Syarikat dan [[kereta kebal Valentine]] yang dibina oleh British dan Kanada. Ironiknya, kereta kebal T-34 adalah lebih pantas atau sepantas kebanyakan kereta kebal ringan yang sepatutnya meninjau baginya, dengan itu menggalakkan pengurangan kereta kebal ringan Soviet.
[[File:Marcia nel fango.jpg|thumb|right|Kereta kebal T-34-85 Model 1943.]]
 
Sebagai tindak balas kepada kereta kebal Jerman yang lebih baik, pihak Soviet mula menghasilkan kereta kebal T-34-85, yang memiliki meriam 85-mm, pada musim sejuk 1943-44, ketika mengekalkan kelebihan kepantasan dan pergerakan melebihi kereta kebal Jerman—kelebihan yang dimilikinya sehingga akhir perang. Model ini turut memiliki turet yang lebih besar dengan 3-orang krew, akhirnya membenarkan komander kereta kebal memberi tumpuan penuh kepada mengekalkan kesedaran taktikal di medan tempur. Pihak Soviet turut bertindak balas dengan kereta kebal berat IS2 bersenjata 122 mm, yang memiliki perisai lebih berat berbanding kereta kebal KV tanpa peningkatan berat keseluruhan; ini dicapai dengan menipiskan perisai belakang dan memindahkan kebanyakan perisai ke hadapan kereta kebal, di mana ia dijangka menerima kebanyakan tembakan.
 
== Lihat Juga ==