Perbezaan antara semakan "Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua"

 
Sebagai tindak balas kepada kereta kebal Jerman yang lebih baik, pihak Soviet mula menghasilkan kereta kebal T-34-85, yang memiliki meriam 85-mm, pada musim sejuk 1943-44, ketika mengekalkan kelebihan kepantasan dan pergerakan melebihi kereta kebal Jerman—kelebihan yang dimilikinya sehingga akhir perang. Model ini turut memiliki turet yang lebih besar dengan 3-orang krew, akhirnya membenarkan komander kereta kebal memberi tumpuan penuh kepada mengekalkan kesedaran taktikal di medan tempur. Pihak Soviet turut bertindak balas dengan kereta kebal berat IS2 bersenjata 122 mm, yang memiliki perisai lebih berat berbanding kereta kebal KV tanpa peningkatan berat keseluruhan; ini dicapai dengan menipiskan perisai belakang dan memindahkan kebanyakan perisai ke hadapan kereta kebal, di mana ia dijangka menerima kebanyakan tembakan.
 
Variasi kereta kebal IS-3, dihasilkan pada pertengahan tahun 1945, memiliki rupa lebih selari dan turet berbentuk mangkuk meruncing. Lebih menakjubkan lagi, kereta kebal IS-3 memiliki perisai lebih tebal tetapi ringan sedikit berbanding kereta kebal IS-2, kekal di bawah 50 tan (berbanding kereta kebal Tiger II 68 tan). Reka bentuk kereta kebal IS-3 memiliki pengaruh besar pada reka bentuk kereta kebal selepas perang, sebagaimana dilihat pada siri [[kereta kebal T-55]] dan [[kereta kebal T-62]] Soviet, [[kereta kebal M48 Patton]] Amerika Syarikat dan [[kereta kebal Leopard MBT]] Persekutuan Jerman.
 
== Lihat Juga ==
245,304

suntingan