Perbezaan antara semakan "Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua"

[[Image:M3grantmini.jpg|left|thumb| Kereta kebal Serdahana M3, Jun 1942]]
Pengeluaran Amerika Syarikat melengkapkan bukan sahaja pasukan Amerika tetapi juga pasukan Perancis (selepas 1942), Britain dan negara Berikat lain. Sama seperti Soviet Union, [[Amerika Syarikat]] memilih beberapa rekabentuk asas yang baik dan menubuhkan piawaian pada model tersebut. Berdasarkan kekurangan rekabentuk kereta kebal dan pengalaman pengilangan, ia menakjubkan bahawa rekabentuk Amerika Syarikat sebaik yang mereka ada.
 
Sebelum kemasukan Amerika Syarikat dalam perang, Tentera hanya memiliki beberapa kereta kebal . Siri [[kereta kebal M2|kereta kebal ringan M2]] adalah paling penting. Kereta kebal ringan ini amat boleh diharap secara mekanikal, dengan pergerakan yang baik. Bagaimanapun, mereka memiliki bayangan tinggi disebabkan penggunaan enjin kapal terbang radial. Hanya beberapa digunakan untuk bertempur, di [[Guadalcanal]]. Siri [[Kereta kebal Stuart|kereta kebal Ringan M3]] tahun 1941 merupakan peningkatan pada Kereta kebal M2, dengan peningkatan perisai dan meriam 37 mm. Kereta kebal serdahana baru dihasilkan pada tahun 1940 adalah M2A1. Ia memiliki rekabentuk yang terlalu lemah dengan perisai yang nipis dan bayangan tinggi, meriam utama 37 mm dan tujuh mesingan.
 
== Lihat Juga ==
245,304

suntingan