Perbezaan antara semakan "Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua"

 
Sebelum kemasukan Amerika Syarikat dalam perang, Tentera hanya memiliki beberapa kereta kebal . Siri [[kereta kebal M2|kereta kebal ringan M2]] adalah paling penting. Kereta kebal ringan ini amat boleh diharap secara mekanikal, dengan pergerakan yang baik. Bagaimanapun, mereka memiliki bayangan tinggi disebabkan penggunaan enjin kapal terbang radial. Hanya beberapa digunakan untuk bertempur, di [[Guadalcanal]]. Siri [[Kereta kebal Stuart|kereta kebal Ringan M3]] tahun 1941 merupakan peningkatan pada Kereta kebal M2, dengan peningkatan perisai dan meriam 37 mm. Kereta kebal serdahana baru dihasilkan pada tahun 1940 adalah M2A1. Ia memiliki rekabentuk yang terlalu lemah dengan perisai yang nipis dan bayangan tinggi, meriam utama 37 mm dan tujuh mesingan.
 
Sejak 1940 reka bentuk kereta kebal disediakan. [[Pertempuran Perancis]] menunjukkan kepentingan kereta kebal serdahana. Pihak British cuba mendapatkan pengilang Amerika Syarikat untuk menghasilkan reka bentuk mereka sendiri tetapi ditentang Amerika Syarikat. Tentera Amerika Syarikat mempunyai keperluan bagi kereta kebal serdahana dengan meriam 75 mm, dan membangunkan [[kereta kebal M3 Lee]], wyang ditempah oleh pihak British bagi kegunaan mereka.
 
== Lihat Juga ==
245,304

suntingan