Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Bersama membina masyarakat yang sopan dan berilmu
Baris 172:
 
Kereta kebal pertama Amerika Syarikat yang bertempur dalam perperangan adalah Kereta kebal Ringan M3 dikenali sebagai "Jeneral Stuart" oleh [[Tentera British]] dan [[Kereta kebal M3 Lee|Kereta kebal Serdahana M3]] (versi "Grant" yang memiliki turet rekaan British dan enam orang krew; versi "Lee" mengekalkan turet asal dan tujuh orang krew). Ia cacat dari banyak segi, tetapi merupakan kereta kebal terbaik yang dimiliki Berikat Barat dan lebih baik berbanding saingan Jerman mereka dari segi perlindungan perisai dan kuasa tembakan. Kereta kebal Ringan M3 dihasilkan sebaik Kereta kebal Kruiser British di gurun, tetapi lebih boleh diharap secara mekanikal. Meriam utama 37 mm nya lebih berkuasa berbanding meriam utama yang dimiliki kereta kebal peninjau Jerman. Nama rasmi yang diberikan kepada Kereta kebal Ringan M3 adalah 'Stuart'; nama gelaran yang digunakan adalah 'Honey' ("Madu"). Kereta kebal M3 dan hasilan dipertingkatnya, siri [[Kereta kebal M5|kereta kebal Ringan M5]], kekal dalam perkhidmatan sepanjang peperangan. Menjelang tahun 1943, meriam 37 mm nya menjadikan ia sebagai kereta kebal amat merbahaya untuk digunakan tetapi tiada penganti lebih baik yang ada. Reka bentuk Kereta kebal Ringan T7 dicadangkan sebagai pengganti pada tahun 1943, dilengkapi dengan meriam 57 mm dan perisai lebih baik; bagaimanapun, reka bentuknya tidak pernah dipiwaikan bagi pengeluaran.
 
Kemunculan [[kereta kebal M3 Lee|kereta kebal serdahana M3 Lee]] pada musim panas 1942 akhirnya memberikan pihak British meriam yang lebih baik berbanding meriam 2-paun dan 6-paun yang mampu menangani kereta kebal Jerman dan meriam-anti kereta kebal ditunda. Sungguhpun meriam 6-poun (57 mm) British memiliki perobek perisai lebih baik berbanding M-3's 75 mm, ia menembak kepala peledak berkuasa tinggi yang lebih kecil. Kereta kebal M3 mampu menyerang meriam anti-kereta kebal Jerman yang sebelum ini mengorbankan banyak kereta kebal British, dan agak berkesan terhadap kereta kebal Jerman masa itu.
 
== Lihat Juga ==