Perbezaan antara semakan "Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua"

(Bersekutu bertambah mutu)
Sebelum kemasukan Amerika Syarikat dalam perang, Tentera hanya memiliki beberapa kereta kebal . Siri [[kereta kebal M2|kereta kebal ringan M2]] adalah paling penting. Kereta kebal ringan ini amat boleh diharap secara mekanikal, dengan pergerakan yang baik. Bagaimanapun, mereka memiliki bayangan tinggi disebabkan penggunaan enjin kapal terbang radial. Hanya beberapa digunakan untuk bertempur, di [[Guadalcanal]]. Siri [[Kereta kebal Stuart|kereta kebal Ringan M3]] tahun 1941 merupakan peningkatan pada Kereta kebal M2, dengan peningkatan perisai dan meriam 37 mm. Kereta kebal serdahana baru dihasilkan pada tahun 1940 adalah M2A1. Ia memiliki rekabentuk yang terlalu lemah dengan perisai yang nipis dan bayangan tinggi, meriam utama 37 mm dan tujuh mesingan.
 
Sejak 1940 reka bentuk kereta kebal disediakan. [[Pertempuran Perancis]] menunjukkan kepentingan kereta kebal serdahana. Pihak British cuba mendapatkan pengilang Amerika Syarikat untuk menghasilkan reka bentuk mereka sendiri tetapi ditentang Amerika Syarikat. Tentera Amerika Syarikat mempunyai keperluan bagi kereta kebal serdahana dengan meriam 75 mm, dan membangunkan [[kereta kebal M3 Lee]], wyangyang ditempah oleh pihak British bagi kegunaan mereka.
 
Kereta kebal pertama Amerika Syarikat yang bertempur dalam perperangan adalah Kereta kebal Ringan M3 dikenali sebagai "Jeneral Stuart" oleh [[Tentera British]] dan [[Kereta kebal M3 Lee|Kereta kebal Serdahana M3]] (versi "Grant" yang memiliki turet rekaan British dan enam orang krew; versi "Lee" mengekalkan turet asal dan tujuh orang krew). Ia cacat dari banyak segi, tetapi merupakan kereta kebal terbaik yang dimiliki Berikat Barat dan lebih baik berbanding saingan Jerman mereka dari segi perlindungan perisai dan kuasa tembakan. Kereta kebal Ringan M3 dihasilkan sebaik Kereta kebal Kruiser British di gurun, tetapi lebih boleh diharap secara mekanikal. Meriam utama 37 mm nya lebih berkuasa berbanding meriam utama yang dimiliki kereta kebal peninjau Jerman. Nama rasmi yang diberikan kepada Kereta kebal Ringan M3 adalah 'Stuart'; nama gelaran yang digunakan adalah 'Honey' ("Madu"). Kereta kebal M3 dan hasilan dipertingkatnya, siri [[Kereta kebal M5|kereta kebal Ringan M5]], kekal dalam perkhidmatan sepanjang peperangan. Menjelang tahun 1943, meriam 37 mm nya menjadikan ia sebagai kereta kebal amat merbahaya untuk digunakan tetapi tiada penganti lebih baik yang ada. Reka bentuk Kereta kebal Ringan T7 dicadangkan sebagai pengganti pada tahun 1943, dilengkapi dengan meriam 57 mm dan perisai lebih baik; bagaimanapun, reka bentuknya tidak pernah dipiwaikan bagi pengeluaran.
[[Image:M24-Chaffee-latrun-1.jpg|thumb|left|[[M24 Chaffee|Kereta kebal ringan M24 Chaffee]].]]
[[Image:8th M26.jpg|thumb|left|Kereta kebal berat M26 Pershing Division Berperisai ke-8 (Amerika Syarikat).]]
 
Ketika mula digunakan, kereta kebal M3 setanding dengan kereta kebal serdahana Jerman, tetapi ia memiliki kekurangan besar pada persenjataan meriam utama 75 mm yang dipasang pada badannya. Ia juga turut memiliki turet putar keliling dengan meriam 37 mm, tetapi turet digabung dengan meriam pada badan memberikan profil amat tinggi. Division Berperisai Pertama Amerika Syarikat turut menggunakan kereta kebal M3 di Afrika. Ia merupakan penyelesaian sementara, tidak bertujuan sebagai rekabentuk kepentingan besar. Dalam perkhidmatan Amerika dan British, kereta kebal M3 terutamanya dikeluarkan pada akhir kempen Afrika Utara tetapi terus berkhidmat sepanjang Kempen Itali tambahan kepada sejumlah kecil yang turut serta dalam pencerobohan Normandy. Ia terus berkhidmat dalam [[Tentera merah]] untuk beberapa waktu, di mana krewnya mengelarnya sebagai ‘kubur tujuh beradik’.
 
== Lihat Juga ==
245,304

suntingan